
Saturday, July 28, 2007
SMK GOMBAK SETIA DI ERA PEMBESTARIAN

Penilaian Makmal Komputer Terbilang
Friday, July 20, 2007
Kursus ICTL Tahun 3



Saturday, July 07, 2007
Kursus Aplikasi ICT Untuk Penyelaras Makmal







Friday, April 20, 2007
- Musyaratah - menetapkan apakah syarat-syarat di sebalik mencapai kejayaan dan memantapkan pembangunan dalam masyarakat prograsif yang penuh dengan insan-insan cemerlang.
- Muraqabah - menjiwai kehadiran Allah S.W.T dalam segala urusan. Jangat lupa Allah S.W.T maha melihat usaha-usaha yang dibuat mestilah bersandarkan pada keinsafan bahawa kejayaan berkekalan tidak mungkin tercapai jika mengabaikan kehadiran Allah S.W.T
- Muhasabah - menilai diri dan kelemahan yang ada, dengan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan diri, iltizam dibuat untuk sentiasa memperbaiki diri.
- Mu'aqabah - mendidik jiwa untuk ikhlas dan suci supaya setiap tindakan dipertanggungjawabkan. Tidak ada jalan pintas untuk menikmati kemanisan yang berkekalan tanpa restu illahi. Jiwa sentiasa ikhlas dan teguh mencapai matlamat yang ditetapkan.
- Mujahadah - Usaha yang bersungguh-sungguh dengan tabah dan penuh kesabaran. setiap kerja memerlukan kesungguhan yang mendalam dan perancangan yang rapi.
- Mu'atabah - Tegas dan jelas dalam mencela segala aspek yang negatif dan sebarang kelemahan dalam diri. Bermula dengan menghakis keburukan dalam diri sendiri dan mengatasi kelemahan dalam diri orang lain.
Kursus ICTL
Thursday, April 19, 2007
Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari
Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Definisi 'e-learning' ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. la juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Bagaimanapun secara umumnya, 'e-learning' adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari mediaelektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini.
Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun 'asynchronously' (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk 'discussion group' dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (‘on-line’ ) (Learnframe, 2001).
Bagaimanapun fokus kertas ini hanya kepada bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang boleh disampaikan melalui Internet, Intranet atau CD-ROM yang mempunyai ciri-ciri multimedia (teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video) dan mempunyai kemudahan untuk 'discussion group' serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian ('on-line').
Apakah perbezaan antara pembelajaran tradisional dan 'e-learning’?
Di dalam sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung kepada usaha guru dan juga pelajar. Bagaimana pun untuk tujuan perbandingan diberikan perbezaan antara pembelajaran 'tradisional' dan 'e-learning'.
Di dalam kelas 'tradisional', guru dianggap sebagai pendita di atas pentas. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya adalah berpusatkan guru.
Di dalam pembelajaran 'e-learning' fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran 'e-learning' akan 'memaksa' pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri.
Kenapakah 'e-learning' perlu digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia?
'E-learning' membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. 'E-learning' yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator.
Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan Internet sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan ‘e-learning' yang ada di pasaran tempatan.
Ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam chat groups' atau 'bulletin boards'. (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001; Tan, 2001). Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada 'e-learning' serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalam Internet, maka sudah tiba masanya ianya digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda 'e-learning' kebangsaan banyak bergantung kepada pelaksanaan ICT di selolah. Jika pelajar dapat dibimbing umuk menggunakan 'e-learning' dengan cara yang berfaedah maka ianya akan membantu mengurangkan penggunaan negatif yang lain.
Senarai Kursus Pendek Anjuran Maktab Perguruan
- Internet Dalam Pendidikan/ Tarikh 8 dan 9 Mei 2007/ Tempat Ins.Perguruan Teknik, Petaling/ Bil.Peserta 2 orang.
- M.S.Power Point Pertengahan/ Tarikh 18 Mei dan 19 Mei 2007/ Tempat Ins.Perguruan Teknik/ Bil.Peserta 2 orang.
- M.S.Excel Pertengahan/ Tarikh 10 Mei dan 11 Mei 2007 / Tempat Ins.Perguruan Teknik/ Bil. Peserta 2 orang.
- Membina bahan pembelajaran berasaskan web dengan hot potatoes/ Tarikh 8 dan 10 Mei 2007/ Tempat Ins.Perguruan Ilmu Khas/ Bil. Peserta 3 orang.
Kepada guru-guru daerah Gombak yang berminat menyertai kursus-kursus di atas boleh memohon dengan menghantar maklumat nama, nama sekolah, dan no.tel kepada email sajoli2006@yahoo.com.my
ICT Benchmarking in Education
develop performance indicators to monitor the use and outcomes of the technologies
- creativity
- interactivity
- collaborative learning
- critikal thinking
- problem-solving
It is hoped that eventually educational policy makers and administrators will mainstream the use of these indicators into their national educational policies and management information systems as the stimulus for change, rather than only as snapshot of current conditions.
Performence indicators in education have traditionally focused on academic result, such as the League Tables in teh UK. There are very few comparable standards and measurements for ICT penetration and utilization in education on a national basis.
Smart School Qualification Standards (SSQS), MDEC 2007.
Saturday, March 31, 2007
Mesyuarat ICTL dan ICT PPK bersama PPD seluruh Malaysia
Friday, January 26, 2007
Peluasan Matapelajaran ICT 2007

Kursus BPPT Ambilan 1/2007

Selamat berkursus kepada 25 orang guru dari sekolah menengah daerah Gombak. Kursus selama 10 hari (5/1 - 26/1) diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran guru-guru dalam bidang ICT. Kerana pengetahuan ICT di kalangan guru-guru sangat penting dalam membantu sekolah ke arah pembestarian menjelang tahuan 2010. Memang tidak dinafikan dalam usaha melaksanakan perubahan kaedah pengajaran yang berteraskan ICT pelbagai masalah dan rintangan akan dihadapi. Namun kita sebagai warga pendidik harus menggunakan kepintaran minda untuk menyelesaikan setiap masalah dan rintangan tersebut, demi melihat anak murid kita merasa seronok belajar dan seterusnya menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang cemerlang.
Saturday, November 18, 2006
Kursus Ketua Bidang Teknik & Vokasional

Tuesday, November 14, 2006
Monday, November 13, 2006

LAPORAN KHAS PENDIDIKAN 2006 - 2010 (BAHAGIAN 3: Oleh WAHID HASHIM)
TERDAPAT dua atau tiga perkara asas yang perlu diberi perhatian sebelum kerajaan terus `melambakkan' komputer di sekolah.
Pertama, pastikan aplikasi perisian dan perkakasan bukanlah teknologi lapuk yang sentiasa perlu ditukar ganti; kedua, pastikan kurikulum dan perisian kursus mesra teknologi dan; ketiga, melihat keperluan nisbah pelajar dengan bilangan komputer.
Selain itu, apakah teknologi sokongan sedia ada menyokong teknologi 10 atau 20 tahun akan datang, iaitu sama ada teknologi pengurusan sekolah dan kurikulum yang disediakan sebelum ini masih boleh digunakan, atau perlu dicampak sahaja ke bakul sampah.
Aspek latihan juga perlu diambil kira, setelah semua guru mengikuti program latihan acuan Prestariang sejak beberapa tahun lalu, maka kini masanya mereka melaksanakan program pembestarian sekolah.Sekurang-kurangnya guru sudah boleh melaksanakan perintah copy, paste, membuat power point dan sebagainya.
Penjenamaan Sekolah Bestari sudah berkubur, dan kini diganti dengan pembestarian sekolah, yang akan memutikkan beberapa perkara berkaitan seperti kafe siber, makmal komputer generasi kedua (Gen-2), kadar celik komputer yang tinggi serta berkemahiran mengakses sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Guru bestari pada RMK-9 diharap tidak lagi menjadi tikus makmal yang terus-terusan menjadi bahan uji kaji, sebaliknya, sekarang mereka ialah penggerak utama yang akan memandu hala tuju dan gerak kerja program pembestarian sekolah.
Mereka ialah kumpulan fokus yang bakal menetapkan penanda aras dan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang tepat dan jelas dalam setiap agenda, program dan projek kementerian. Guru bestari perlu dilibatkan dalam Jawatankuasa Maklumat Perkomputeran Kementerian (JMPK) yang akan melihat aspek teknikal usaha penyelarasan inisiatif itu, sama ada dari segi perkakasan dan aplikasi, perisian dan kandungan atau latihan guru.
Melalui usaha penyelarasan dan penanda arasan ini, hanya model pembestarian yang terbaik sahaja diperluaskan. Di negara-negara maju, kajian terhadap kesan penggunaan komputer di sekolah sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa, dan kemudian diterbitkan dalam bentuk buku, dan dijual di pasaran terbuka.
Di England, kajian seperti itu diadakan secara tahunan sejak 1998. Sebagai contoh, mereka mendapati sasaran kerajaan untuk menetapkan nisbah bilangan komputer kepada pelajar pada 1:5 di sekolah menengah dan 1:8 di sekolah rendah telah tercapai sejak 2004. Jadi ini bermakna tidak perlu lagi membekalkan komputer ke sekolah. Persoalannya sekarang ialah;
- Adakah kita sudah mencapai sasaran kita?
- Kenapa komputer di sekolah tidak pernah mencukupi?
- Apakah keperluan kita sekarang? masih di tahap melengkapkan sekolah dengan komputer?
Langkah pertama usaha Pembestarian Sekolah di Malaysia akan bermula di 88 buah sekolah yang terlibat dalam projek rintis Sekolah Bestari sejak tahun 1999 sehingga 2002. Sebanyak 88 buah sekolah ini akan dijadikan penanda aras kepada usaha Pembestarian Sekolah yang akan dilaksanakan oleh KPM mulai tahun ini sehingga tahun 2010.
Bagi membantu proses pembestarian dilaksanakan secara cekap dan efektif kos, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan audit menyeluruh semua inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)nya, sama ada aspek P&P atau pengurusan dan automasi. Aspek P&P meliputi program Komputer dalam pendidikan dan makmal komputer, program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Program Rintis Sekolah Bestari, School-Net dan TV Pendidikan.
Kita perlu bijak dalam merangka strategi ICT di sekolah. Kebijaksanaan kita perlu bermula daripada mengatur langkah awal sehingga ke tahap implementasinya. Kita juga perlu bersikap peka kepada perkara-perkara yang detail. Sebagai contoh, adakah kita selalu merasakan bahawa makmal perlu dibina di semua sekolah? Pernahkah kita berfikir bahawa makmal hanya sesuai di sekolah rendah, sementara di sekolah menengah komputer sepatutnya diletak di dalam bilik darjah?
Amalan di sini dan di negara maju berbeza. Di sini makmal diletakkan di dalam bilik khas (makmal komputer) dan di pasang jeriji. Jika tidak dipasang jeriji, komputer akan dicuri walau ada pengawal keselamatan mengawasi 24 jam. Di England, sekolah, diberi kebebasan dalam hal ini, bergantung kepada keupayaan dan faktor keselamatan di kawasan masing-masing. Di Korea Selatan, teknologi ICT merentasi batas Internet dan aplikasi komputer apabila program kejuruteraan di sekolah menengah turut menggunakan telefon bimbit berkamera. Sebagai contoh, di Seoul, beberapa jambatan merentasi ibu negara itu sering menjadi fokus kerja lapangan pelajarnya dan mereka berkomunikasi dengan guru atau rakan sebaya melalui telefon bimbit.
Di Malaysia, status kita tidaklah seteruk mana. Hampir semua sekolah rendah dan menengah di negara ini telah dibekalkan dengan komputer dan talian Internet.Penulis sendiri kagum apabila baru-baru ini mendapati Sekolah Kebangsaan (SK) Chini dan SK Runchang - kedua-duanya sekolah Orang Asli di kawasan pedalaman Pahang - telah dilengkapi dengan komputer dan talian Internet.
Kalau melihat kepada keadaan ini, mungkin keperluan selepas ini ialah membekalkan sekolah dengan papan elektronik interaktif (interactive whiteboards) atau peripherals lain.Di England, penggunaan papan elektronik meningkat di sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, kalau P&P yang menjadi pertaruhan, maka tentulah menyediakan kafe siber tidak sepenting menyediakan papan elektronik interaktif.Sekali lagi, kita perlu mengkaji dengan mendalam untuk melakukan pelaburan yang cukup banyak. Mungkin kita perlu lebih banyak mengadakan - atau menghadiri - pameran inovasi pendidikan bertaraf antarabangsa, supaya minda lebih terbuka.
TAHNIAH DAN SELAMAT BERKURSUS SAYA UCAPKAN KEPADA GURU-GURU DAERAH GOMBAK YANG TERPILIH MENGIKUT KURSUS-KURSUS BERIKUT:
- KURSUS BPPT AMBILAN KE 17 DI MAKMAL KOMPUTER SMK LEMBAH KERAMAT.
- KURSUS ASAS ICT DI MAKMAL KOMPUTER SK TAMAN MELAWATI 2 DAN MAKMAL KOMPUTER SMK SERI GARING
- KURSUS BINA ITEM MATA PELAJARAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI GLORY BEACH RESORT, PORT DICKSON.
- KURSUS KAJIAN TINDAKAN DI SURIA CHERATING,PAHANG.
Sunday, November 12, 2006


Oleh En.Sajoli Bin Masdor, M. Ed
Ketua Unit Teknologi dan Vokasional
Pejabat Pelajaran Daerah Gombak
Abstrak
Kertas kajian ini akan membincangkan konsep Information technology and communication (ICT), literasi ICT, pengurusan makmal komputer yang cekap dan berkesan, ICT dan pedagogi dan status pengurusan makmal komputer di Negeri Selangor. Fokus akan diberi kepada analisis status pengurusan makmal komputer di Negeri Selangor dan perbincangan akan tertumpu kepada pengumpulan data secara kuantitatif dan pemerhatian (Non participant observation) penulis semasa membuat pemantauan ke makmal-makmal komputer terpilih di lapan daerah di Negeri Selangor. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan makmal komputer sekolah-sekolah di negeri Selangor berada di tahap sederhana. Oleh itu usaha penambahbaikan secara berterusan penting untuk meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan makmal dan dapat berfungsi secara optimum dalam menjana literasi ICT di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Selangor.
Abstract
This paper will broach on the concept of Information technology and communication (ICT) , ICT literacy, efficient and effective computer lab management, ICT and pedagogy and also touch on the level of computer lab management in the state of Selangor. Emphasis will be given on analysis of level of computer lab management in Selangor and focus on data collection based on quantitative and non participant observation method of the author during his visits to selected computer labs at various schools in 8 districts of Selangor. Research findings indicate that the level of efficiency and effectiveness of computer lab management amongst schools in Selangor are at a ‘satisfactory’ level. Thus, it is imperative that more efforts is deployed to achieve further improvement in the level of efficiency and effectiveness in computer lab management to ensure optimum level of ICT literacy amongst students in Selangor.











