Friday, February 27, 2009

Children live what they learn


If children live with criticism,

They learn to condemn

If children live with hostility,

They learn to fight

If children live with ridicule,

They learn to be shy

If children live with shame,

They learn to feel guilty

If children live with praise,

They learn to appreciate

If children live with fairness,

They learn justice

If children live with security

They learn to have faith

If children live with approval

They learn to like themselves

If children live with acceptance and friendship

They learn to find love in the world

Roffey and O'Reirdan (2001)

Syabas!

Syabas saya ucapkan kepada Ganeshya, Nurul Zulai'qah dan Wan Izzudin kerana telah memberi saingan yang boleh dibanggakan dalam Kejohanan Golf MSSS 2009 di Saujana Impian Golf Club, Kajang bermula 24 hb Feb hingga 25 hb Feb 2009. Walaupun tidak terpilih mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan, sekurang-kurangnya banyak pengalaman berharga yang diperolehi semasa menyertai kejohanan tersebut. Pengalaman ini harus dikongsi bersama dengan ahli-ahli Kelab Golf SMKHK untuk menyusun strategi bagi kejohanan golf MSSS pada tahun 2010. Kita harus bertindak sekarang dari segi info, latihan dan ketahanan mental. Bukannya apabila ada kejohanan baru hendak bertindak, sudah tentu kita menghadapi kesuntukkan waktu. Cikgu turut bangga apabila melihat putera dan puteri SMKHK beraksi dengan pemain yang hebat khususnya dari daerah Petaling.

Thursday, February 19, 2009

Ucaptama Pn.Hanim Ibrahim,Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor


Apa itu Pembelajaran?


Bagaimana manusia mula mengerti erti pembelajaran bukanlah satu persoalan yang baru dalam bidang psikologi. Kajian demi kajian tentang pembelajaran telah dilakukan sejak tahun 1800. Persoalan ini juga menjadi tumpuan utama dalam bidang falsafah, iaitu mencari jawapan kepada persoalan mengapa manusia belajar dan bagaimana keperluan untuk belajar itu wujud atau berlaku dalam kehidupan seharian mereka.
Apa itu minda? Bagaimana minda manusia berkembang (mind develop)? Apa itu pengetahuan dan bagaimana minda berhubung kait dengan pengetahuan. Kajian mengenai pembelajaran berasakan kepada dua sumber, iaitu sifat semula jadi pengetahuan itu dan bagaimana kita boleh mengetahui mengenai sesuatu perkara itu.
Adakah pengetahuan datangnya daripada pengalaman manusia? Atau dari proses berfikir dan mencari sebab musabab tentang sesuatu perkara itu. Justeru, tulisan saya pada pagi ini (19/2/09) tertumpu kepada perkataan pembelajaran, pemikiran, minda dan pengetahuan yang mana pada fikiran saya sangat bermakna untuk semua orang memikirkannya. Semoga catatan yang tak seberapa ini dapat memberi impak yang besar kepada kaum guru, khususnya di SMK Hulu Kelang. Anda adalah jurutera atau arkitek yang membina anak bangsa Malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Tuesday, February 17, 2009

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBERI KESAN KEPADA
PRESTASI INGATAN INDIVIDU

1. Umur.
Prestasi ingatan seseorang akan menurun apabila umur mereka meningkat tua. Dalam satu kajian mendapati individu yang berumur 90 tahun ke atas menunjukkan pencapaian prestasi ingatan paling rendah. Manakala mereka yang berumur 50 tahun menunjukkan tahap pencapaian prestasi ingatan yang sederhana. Oleh itu, sudah tentulah para pelajar yang berumur pada peringkat umur belasan tahun mempunyai tahap pencapaian prestasi ingatan yang cemerlang. Walau bagaimanapun berdasarkan pemerhatian saya, terdapat ramai pelajar gagal mengingat apa yang dipelajari. Mengapa keadaan ini berlaku?

2. Latar Belakang Pendidikan.
Individu yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi (seperti ijazah, sarjana dan Phd) menunjukkan tahap pencapaian prestasi ingatan tinggi dalam ujian neuropsychological. Walau bagaimanapun terdapat kajian lain yang mengatakan faktor latar belakang pendidikan kurang signifikan terhadap ujian IQ, kebolehan kognitif dan ingatan. Persoalannya masih terdapat mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi mengalami masalah lupa. Mengapa?

3. Jantina.
Kajian menunjukkan jantina perempuan memiliki kebolehan mengingat yang lebih baik dalam lisan. Manakala jantina lelaki pula memiliki kebolehan mengingat yang lebih baik dalam penulisan dan matematik. Sejauh mana perkara ini benar di sekolah anda? Walau bagaimanapun perbezaan ini sangat kecil dan kemungkinan ada faktor silang daripada latar belakang pendidikan dan pengaruh baka serta penyakit.

4. Kesimpulan.
Walau apa pun faktor yang disenaraikan mempengaruhi prestasi ingatan kita, Namum masih ada langkah-langkah pencegahan dan pengekalan agar ingatan kita berada dalam prestasi yang baik. Untuk itu, saya akan menulis dalam tajuk berikutnya mengenai langkah-langkah mengekalkan ingatan minda.

Monday, February 16, 2009

Pembestarian SMK Hulu Kelang

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam lestari.

Ucaptama saya pada hari ini adalah berkaitan dengan visi sekolah ke arah melahirkan generasi bestari menjelang tahun 2010. Generasi bestari di kalangan pelajar bermaksud kumpulan pelajar yang menggunakan ICT dalam mencari maklumat pembelajaran. Penggunaan ICT secara optimum sudah tentu akan mewujudkan kesan ledakan maklumat di kalangan pelajar. Oleh itu pelajar akan lebih berkemahiran membanding beza dan menilai maklumat-maklumat yang berfaedah untuk meningkatkan tahap pemikiran aras tinggi.

Berdasarkan pengalaman saya (mantan Ketua Unit Teknik & Vokasional, PPD Gombak) SMK Hulu Kelang mempunyai frasa rana ICT yang agak baik. Di mana bilik pentadbir, pejabat, bilik guru dan perpustakaan telah dilengkapkan dengan wire less internet.Oleh itu, saya sangat berharap guru-guru dapat down load bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan kemudiannya diedarkan kepada pelajar, khususnya bahan P & P daripada laman web MyschoolNet.

Berikut ialah beberapa contoh usaha ke arah pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
CD Sains dan Islam. CD ini dihasilkan oleh sekumpulan pelajar yang mengambil subjek pendidikan Islam dan subjek Sains. Penerokaan ilmu pengetahuan oleh pelajar dalam kumpulan ini telah dapat menjawab apa yang terkandung dalam Al-Quran selari dengan ilmu pengetahuan sains tentang kejadian manusia dan alam semesta.
CD Prinsip Perakaunan yang dihasilkan oleh saya sendiri. CD ini lengkap mengandungi 7 bab sukatan pelajaran tingkatan 4 subjek Prinsip Perakaunan. Setiap bab dibentangkan dengan menggunakan power point dengan gabungan suara dan teknik pautan antara satu fail dengan fail yang lain.
CD peraturan permainan golf. CD ini mengandungi peraturan-peraturan permainan golf yang dimuat turun daripada internet. Maklumat yang diperoleh dapat membantu kumpulan pelajar yang berminat dengan sukan ini memahami peraturan-peraturan permainan golf. Syukur Alllhamdulilah seramai 3 orang daripada 8 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daerah Gombak ke MSSS di Kelab Golf Saujana Impian pada 25 Feb 2009.

Justeru itu, saya ingin memberi peluang kepada para pelajar untuk menyertai pertandingan menghasilkan dan membentang bahan pembelajaran berkaitan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam subjek-subjek yang diambil dengan menggunakan pendekatan ICT. Saya ingin menawarkan hadiah tempat pertama RM50, tempat kedua RM30 dan tempat ketiga RM20. Tarikh tutup pertandingan ialah pada bulan Jun 2009.

Akhir kata, saya sekali lagi mengharapkan warga SMK Hulu Kelang berusaha dengan gigih ke arah melahirkan generasi bestari pada tahun 2010.

Wednesday, February 04, 2009

Kelab Golf SMK Hulu Kelang

Kelab Golf SMK Hulu Kelang (KGSMKHK) telah ditubuhkan pada 25 Jan 2009. Tujuan penubuhan KGSMKHK ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar SMK Hulu Kelang tentang sukan golf. Kebetulan SMK Hulu Kelang berada berhampiran Kelab Golf Darul Ehsan.

Saya (Penolong Kanan) sebenarnya baru menceburkan diri dalam sukan ini pada tahun 2008 dan menguasai ilmu permainan ini menerusi internet dan majalah golf. Sebagai pendidik sudah tentu saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman bermain golf dengan anak murid saya. Syukur Alhamdulillah, kerana rajin bertanya dengan pelajar, rupanya ada pelajar saya yang bermain golf dan mereka mempunyai set golf yang lengkap.

Pada peringkat permulaan, seramai 7 orang pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 menjadi ahli penaja KGSMKHK. Berita baik ini tersebar dengan cepat dan seorang ibu telah menghubungi saya sedia memindahkan anaknya ke SMK Hulu Kelang, semata-mata kerana sekolah ini ada menawarkan permainan sukan golf. Oleh itu, jumlah ahli kelab bertambah menjadi 8 orang.

Pada 3 hb Feb 2009, pasukan golf KGSMKHK telah menghantar seramai 8 orang pemain ke pemilihan golf MSSD Gombak di Setapak Drive Range dan 3 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daerah Gombak ke MSSS. Terima kasih sokongan yang diberikan oleh Pengetua, Pn.Normah Bt. Omar dan Ibu bapa. Semoga dengan adanya permainan golf di SMK Hulu Kelang, pihak sekolah dapat memperkasakan sekolah seperti yang dikehendaki dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Thursday, January 15, 2009

Pembelajaran & Ingatan


Psychologist setakat ini masih belum ada satu kepastian tentang bagaimana manusia 'mengingat' dan 'lupa' berkenaan sesuatu peristiwa atau perkara. Walau bagaimanapun mereka percaya bahawa 'mengingat' melibatkan satu proses yang sistematik, iaitu pemindahan maklumat jangka pendek ke maklumat jangka panjang. Ingatan jangka panjang boleh menyimpan maklumat untuk tempoh seumur hidup kita. Sebagai contoh kita dapat mengingat no.kad pengenalan.

Ingatan jangka pendek pula hanya mampu bertahan dalam minda kita paling minima dalam beberapa saat atau minit. Dan ia bergantung pula tahap umur seseorang itu dan amalan pemakanan dan kesihatannya. Agak malang bagi seseorang yang mengalami kecederaan terutamanya di bahagian kepala. Kemungkinan mereka akan mengalami kehilangan maklumat jangka pendek sedia ada. Kisah benar, seorang rakan mengalami kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan di bahagian kepala. Implikasinya selama seminggu dia tidak dapat mengenali isterinya dan menganggap isterinya seorang jururawat. Ingatan jangka pendek boleh menyimpan maklumat yang merujuk kepada sesuatu masa dan maklumat itu diterima menerusi pancaindera seperti mata dan telinga.

Strategi membentuk dan mengukuhkan ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah melaksanakan proses penyampaian secara perlahan dan mengikut kemampuan pelajar.Kajian menunjukkan pengajaran yang menggunakan kadar sebutan yang perlahan dapat mengandakan kadar pengekalan maklumat dalam minda pelajar.


Selamat mencuba cikgu.

Tuesday, June 10, 2008

Advance Oeganizers

Advance organizers are relevant and inclusive introductory materials, provided in advance of the learning materials, that serve to " bridge the gap between what the learner already knows and what he needs to know before he can meaningfully learn the task at hand" (Ausubel et al., 1978, pp. 171-172). Ausubel et. al. (1978) also stated, " organizers are presented at a higher level of abstraction, generality and inclusiveness than the new material to be learned" )p. 171). Consider why this might be so. For one thing, learners are likely to have somewhat idiosyncratic cognitive structures, and while it might be desirable to construct advance organizers for each and every learner to meet their unique needs, that is not a very practical strategy. Thus, organizers should be sufficiently general to function for a variety of learners. In addition, remember Ausubel's call for using the most inclusive and relatable concept of a discipline to guide learning. Constructing organizers more abstract and inclusive than the learning materials is one way of doing this.
The effectiveness of advance organizers for enhancing learning and retention of verbal materials was subject of great debate in the research literature, but in spite of contradictory finding, the concept has persisted. Some studies confirm the positive effects of advance organizers on learning. Others suggested that the facilitating effect might be limited to learners with low verbal or analytic ability. But research view canducted by Bames and Clawson (1975) and Hartley and Davies (1976) pointed to even more equivocal findings.

Friday, December 14, 2007

Selamat Tinggal KUTV dan Selamat Datang PK.

Bermula 1 hb Disember 2007 saya telah mendaftar diri di SMK Hulu Kelang untuk memulakan tugas sebagai Penolong Kanan. Oleh itu, selamat tinggal jawatan Ketua Unit Teknik Dan Vokasional Pejabat Pelajaran Daerah Gombak dan selamat datang jawatan Penolong Kanan dengan harapan dapat menyumbang bakti dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Tempoh satu tahun lapan bulan berkhidmat sebagai Ketua Unit Teknik Dan Vokasional telah memberi pendedahan dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia kepada saya. Terutamanya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010.
Amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya menerusi jawatan Penolong Kanan akan saya laksanakan dengan penuh dedikasi. Menerusi jawatan ini, saya bukan lagi berperanan sebagai 'perantara' antara Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dengan sekolah-sekolah di daerah Gombak tetapi lebih berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar yang digubal bersama-sama dengan Pengetua dan warga SMK Hulu Kelang. Sebarang rintangan dan pemasalahan perlu dihadapi dan diatasi dengan kebijaksanaan. Di SMK Hulu Kelang, saya dengan kerjasama yang padu dari warga SMK Hulu Kelang akan berusaha untuk membestarikan sekolah menerusi serampang dua mata, iaitu mengamalkan budaya ICT dalam menambah nilai kecemerlangan pentadbiran sekolah sedia ada dan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Saya berharap Ketua Unit Teknik Dan Vokasional PPD Gombak yang baru dapat meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mencapai matlamat perluasan pembestarian semua sekolah di daerah Gombak menjelang tahun 2010. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, semua warga PPD Gombak, dan Pasukan Jurulatih Utama ICT, Aplikasi ICT, Penyelaras Makmal Komputer yang telah memberi kerjasama yang amat baik kepada saya semasa menjalankan tugas sebagai Ketua Unit Teknik Dan Vokasional.

Wednesday, October 10, 2007


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dengan Ingatan Tulus Iklas

Maaf Zahir Batin

Thursday, September 20, 2007

Bidang Teknik & Vokasional Di Era ICT







Tahniah kepada Guru Kanan Bidang Teknik & Vokasional Sekolah Menengah Daerah Gombak kerana telah berjaya menamatkan Kursus Aplikasi ICT di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Semoga para peserta menguasai isi kandungan kursus secara optimum dan segala pengetahuan dan kemahiran yang diterima daripada Jurulatih Utama boleh dikongsi dan disebarkan pula dengan rakan guru di sekolah masing-masing. Kursus selama 4 hari bermula pada 17 September dan berakhir 20 September 2007 ini telah memberi pendedahan pengintegrasian ICT dalam menyediakan Rancangan Mengajar mengikut mod penerokaan, mod tutorial, mod aplikasi dan mod komunikasi. Selain itu, para peserta didedahkan dengan kemahiran menyediakan blog sebagai wadah komunukasi dan perkongsian pintar dalam bidang keguruan dan pendidikan. Apa yang kita lakukan selama 4 hari ini merupakan satu tindakan ke arah mengisi keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Thursday, September 13, 2007

Tahniah!


Tahniah saya ucapkan kepada para peserta Kursus Aplikasi ICT Daerah Gombak kerana berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya. Semoga ilmu pengetahuan dan kemahiran aplikasi ICT yang diterima daripada para Jurulatih Utama sepanjang tempoh kursus dapat dikongsi bersama dengan rakan guru di sekolah masih-masing. Pesanan saya ialah ilmu mesti diamalkan, oleh itu para peserta kursus perlu menjadikan pengetahuan yang diterima sebagai budaya dalam pengajaran dan pembelajaran. Impaknya ialah anak didik kita akan mengalami ledakan maklumat dan mendorong pula ke arah pemikiran aras tinggi. Berbekalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif membolehkan mereka meningkatkan prestasi akademik.

Sunday, September 09, 2007

KURSUS ICT

KURSUS APLIKASI ICT 2007 AMBILAN 1 BERMULA 10 SEPTEMBER 2007 HINGGA 13 SEPTEMBER 2007. SEBANYAK 6 PUSAT (MAKMAL KOMPUTER) TERLIBAT DAN MELIBATKAN 240 ORANG GURU DENGAN 32 ORANG JURULAIH UTAMA.SAYA UCAPKAN SELAMAT BERKURSUS.

Friday, August 24, 2007

Membiasakan Pekerjaan Berfikir

Untuk menjaga kesihatan jiwa, biasakan berfikir setiap hari walaupun memikirkan perkara-perkara yang kecil-kecil sekalipun. Kerana apabila otak dibiarkan 'menganggur', boleh pula ditimpa sakit dan menjadi bingung. Setiap hari otak mesti dilatih berfikir. Kalau otak malas berfikir, kita menjadi dungu. Banyaknya orang bodoh kerana malas berfikir. Itulah mati dalam hidup. Haruslah diajar kekuatan berfikir sejak kecil lagi kerana orang yang kuat berfikirlah yang dapat menghasilkan hikmat, Jika besar kelak dia akan menjadi tokoh yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Masyarakat, organisasi dan negara akan terasa kekurangan tanpa tokoh tersebut.
Berfikir seharusnya selari dengan pengalaman. Kerana seorang pemikir yang berpengalaman, boleh mengambil natijah sesuatu perkara dengan segera, sedang orang lain memandang perkara itu besar dan sulit. Sebab dari fikirannya dan pengalamannya, dia sudah biasa menjalankan manthiknya.
Adalah lebih malang sekali apabila setelah seseorang itu menjadi ahli fikir dan berpengalaman serta berilmu tetapi tidak terus berusaha menambah ilmu pengetahuan yang luas ibarat lautan. Kerana ilmu pengetahuan apabila diteroka, semakin banyak penemuan yang dapat menyumbang kepada peningkatan tamaddun manusia.
Sekian renungan di pagi Jumaat dan hasil pembacaan saya dari sumber buku Prof. Dr. Hamka bertajuk "Tasauf Moden" terjemahan Haji Abdul Malik Karim Amrullah, terbitan Darul Nu'Man.

Monday, August 20, 2007

Guru Berkesan

Apakah yang dimaksudkan 'Guru Berkesan'! Adakah pengajaran guru berkenaan menyebabkan keputusan peperiksaan mata pelajaran yang diajar meningkat? Atau murid mudah faham isi pelajaran dan mampu menarik minat murid untuk terus membuat penerokaan terhadap sesuatu tajuk itu. Ada yang berpendapat guru berkesan Guru harus menggunakan kaedah mengajar yang dapat mengekalkan momentum kerja murid dan tumpukan perhatian semasa pelajaran berlangsung;merangsang sifat ingin tahu secara intelektual, menyampaikan rasa cinta terhadap subjek yg. diajar, memupuk semangat dan mengekalkan motivasi mereka” (DfEE, 1998a). Manakala pendapat Jemaah Nazir guru berkesan ialah guru yang mampu menghasilkan P & P yang berkesan, merangsang dan memotivasikan muridnya.Selain itu guru harus berupaya menghasilkan kaedah pengajaran berbentuk kreatif, menarik, tersusun dan mempunyai perancangan yang baik. Aspek tingkahlaku guru juga perlu lebih sentiasa kelihatan ceria, berminat dengan tugas dan suka kepada pengajarannya. Ini akan dapat menarik minat dan perhatian pelajar untuk mengikuti pengajarannya.”
Berdasarkan satu kajian, guru berkesan ialah seorang guru yang berpengetahuan. Ciri ini disokong secara purata 3.8 oleh responden guru dan murid. Bermaksud guru dan murid sependapat bahawa guru yang berkesan mestilah seorang yang berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajarnya. Sebagai contoh seorang guru Prinsip Perakaunan arif dalam tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran dan mempunyai maklumat tentang organisasi yang terlibat dalam kerjaya perakaunan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Ciri kedua guru berkesan mengikut perspektif murid ialah menghormati murid dengan purata 3.6. Ini bermaksud guru harus melihat murid sebagai insan yang memerlukan ilmu pengetahuan dan memerlukan bimbingan. Sebarang kelemahan murid cuba diatasi dan ditegur secara berhemah. Manakala ciri kedua guru berkesan menurut perspektif guru pula ialah ciri mengambil berat. Iaitu mengikuti perkembangan kemajuan murid dari semasa ke semasa. Sebagai contoh guru menegur murid yang tidak menyiapkan kerja rumah atau latihan yang diberi, menghubungi ibubapa untuk memaklumkan perkembangan sahsiah anak-anak mereka dan memberi nasihat untuk murid terus berusaha bersunggguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Walaupun terdapat perbezaan ciri mengikut murid dan guru tetapi masih dalam skop yang sama iaitu usaha untuk melihat murid berjaya.
sambungan......

Wednesday, August 15, 2007

Tahniah kepada Jurulatih Utama Aplikasi ICT

Tahniah saya ucapkan kepada Jurulatih Utama Aplikasi ICT yang dapat hadir ke Mesyuarat Jurulatih Utama Aplikasi ICT Daerah Gombak kali pertama. Mesyuarat ini telah membincangkan strategi perancangan pelaksanaan kursus aplikaksi ICT yang akan dilaksanakan pada bulan september. Kepada rakan Jurulatih Utama yang tidak dapat hadir, sila dapatkan maklumat sebelum kita berkursus di kuantan pada 27 hingga 30 Ogos 2007.
Berikut ialah senarai Jurulatih Utama Aplikasi ICT Daerah Gombak (Terkini) yang akan berkursus di Kuantan. Surat rasmi telah dihantar ke sekolah masing-masing pada 20 Ogos 2007.Pengangkutan sila berurusan dengan En.Azman Osman di talian +019 3145615. Kepada nama rakan JU (dalam senarai) yang tidak dapat hadir sebab bertugas sebagai pengawas peperiksaan dan lain-lain, sila maklumkan kepada saya secara segera.

Abd Hamid Bin Mohamad SK Sungai Pusu
Azman Bin Wamin SBPI Gombak
Che'Azmy Bin Mohd Ariff SMK Selayang Bharu
Cik Amnah Binti Che Mat SK Bandar Baru Sungai Buloh
Hamili Bin Zakaria SK Gombak Utara (diganti oleh Jamaluddin Marji SK Taman Desa 2)
Ibrahim Bin Abdullah SMK Seri Gombak
Ibrahim Bin Yaacob SMK Sungai Pusu
Ida Suhana Binti Yahya SK Batu Arang
Ilham Rusydi Bin Che Ibrahim SK Taman Bukit Indah (diganti oleh Mohd Zairee SK Taman Melawati 2)
Jofadillah Binti Johan SMK Selayang Bharu
Kamuruddin Bin Arshad SMK Darul Ehsan
Khasrin Bin Kamil SK Sungai Tua Bharu
Mastura Binti Osman SMK Rawang
Mazdalina Binti Abu Bakar SK Seri Kundang
Mohd Azman Bin Osman SMK Seri Garing
Mohd Haniff Bin Kadis SK ( 1 ) Kuala Ampang
Mohd Mahathir Bin Mohd Tahir SK Taman Permata (diganti oleh Noor Sabri Bin Mohd Nor SMK Bandar Baru Sg.Buloh)
Mohd Nazri Bin Takman SBPI Rawang
Mohd Rosdi Bin Abdullah SMK Taman Selayang
Mohd Sahari Sayuti Bin Arifin SK Taman Selayang 2
Mohd Samizi Bin Abdul Rahman SK Gombak Setia
Mohd Suhaimi Sunar SK Bukit Rahman Putera
Nor Shazlin Binti Zhazali SMK Darul Ehsan
Norazlina Binti Kamarullah SMK Seri Selayang
Norhafiza Binti Md.Ngisum SMK Taman Selayang
Norhasimah Binti Mohamad SMK Sungai Pusu (diganti oleh Mohamad Shahhir Shaharani SK Sungai Kertas)
Normunyati Binti Hashim SK Sungai Buloh
Nurmastura Binti Abd.Rashid SMK Taman Selayang
Rafidah Binti Rashid SMK Seri Keramat
Rano Iswardy Bin M.Noor SK Selayang Baru 2
Rohaizad Bin Sulaiman SK Kepong
Roli Bin Abas SK Batu Arang
Rosnan Bin Hussein SMK Seri Gombak (diganti oleh Norlailatulsuba Bt Md Hashim SK Gombak Setia)
Rosnizam Bin Mohd SK Selayang Utama
Rosyati Binti Abdullah SK Klang Gate
Shaharizan Ibrahim SMK Rawang
Siti Norita Binti Salikin SMK Bukit Gading
Siti Sarah Binti MD Nor SK Selayang Utama
Srianis Binti Atim SK Hulu Kelang
Wan mahdi Bin Wan Ahmad Kahldin SK Seri Kundang
Zaini Binti Arif SK Selayang Utama (diganti oleh Shanty Bt Sai'en SK Taman Bukit Indah)
Zulhelmi Bin Abd Hamid SK Gombak Utara
Zulnaizre Bin zainol Murad SK Sungai Pusu

Monday, August 13, 2007

Keputusan Penilaian Pengurusan Makmal Komputer Daerah Gombak 2007

Makmal Komputer Gred A
1. SMK Rawang Batu 16 (Wakil Daerah Gombak ke peringat Negeri Selangor)
2. SMK Lembah Keramat
3. SK Bandar Baru Sungai Buloh (Wakil Daerah Gombak ke peringkat Negeri Selangor)
4. SK Bukit Rahman Putera

Makmal Komputer Gred B
1. SMK Ideal Heights
2. SMK Seri Garing
3 SMK Taman Keramat
4. SJK ( C ) Selayang Bharu
5. SK Kepong
6. SK Batu Arang

Makmal Komputer Gred C
1. SMK Seri Gombak
2. SMK Bukit Gading
3. SK Seri Kundang
4. SK Sungai Serai
5. SK Taman Melawati
6. SK Taman Melawati 2
7.SK Taman Permata

Makmal Komputer Gred D
1. SMK Taman Ehsan
2. SMK Seri Keramat
3. SMK Bukit Rahman Putera
4. SMK Bandar Tasik Puteri
5. SK Taman Desa 2
6. SK Gombak 1
7. SK Bukit Rawang Jaya
8. SK Taman Bukit Indah
9. SK Sungai Buloh
10. SK Rawang
11. SK Lembah Keramat
12. SK Desa Aman Puri

Makmal Komputer Gred E
1. SMK Tuanku Abdul Rahman
2. SMK Taman Desa
3. SMK Gombak Setia
4. SMK Seri Kundang
5. SMK Hulu Kelang
6. SM Teknik Selangor
7. SK Taman Prima
8. SK Taman Desa
9. SK Sinaran Budi
10. SK Bandar Baru Selayang
11. SK Kuala Ampang
12. SK bandar Baru Rawang
13. SJK ( T ) Rawang
14. SJK ( C ) Kundang
15. SJK ( C ) Chap Kuan
16. SJK ( T ) Kuang
17. SBPI Rawang

Mesyuarat Jurulatih Utama Kursus Apalikasi ICT

Tarik : 15 Ogos 2007 (Rabu)
Tempat: Makmal Komputer SMK Rawang Batu 16.

Seramai 43 orang Jurulatih Utama ICT akan bermesyuarat di makmal komputer, SMK Rawang Batu 16. Makmal komputer SMK Rawang telah dinobatkan sebagai johan pengurusan makmal komputer Daerah Gombak. Disamping bermesyuarat, Jurulatih Utama ICT boleh membuat lawatan penanda aras dan maklumat yang diterima boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan makmal komputer di sekolah masing-masing.
Berdasarkan lawatan ini, jelas menunjukkan makmal komputer SMK Rawang layak menerima pengiktirafan makmal komputer terbaik daerah Gombak dan akan mewakili daerah Gombak ke penilaian peringkat negeri Selangor. Semoga Berjaya.