
Friday, August 07, 2009
Motivasi Kendiri

Tuesday, July 21, 2009
Tentang Kualiti

Wednesday, April 29, 2009
Kejohanan Sukan
- Kejohanan Olahraga MSSD Gombak - 4 hingga 12/3/2009 - Stadium Selayang
- Kejohanan Olahraga MSS Selangor - 24 hingga 27/3/2009 - Stadium MBPJ Petaling
- Kejohanan Bola Keranjang MSSD (Rendah) - 30 hingga 31/3/2009 - SJKC San Yuk
- Kejohanan Bola Keranjang MSSD (Menengah)- 6 hingga 10/4/2009 - SMK Sg.Kertas
- Kejohanan Sofbol MSSD Gombak (Rendah) - 14 hingga 15/4/2009 - SMK Sg. Kertas
- Kejohanan Bola Baling MSSD Gombak (Men) - SMK Rawang
- Kejohanan Bola Tampar MSSD Gombak (Ren) - 14 hingga 15/4/09 - SK Tmn Samudra
- Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak (Ren) - 31/3,1 hingga 2/4/09 - SK Selayang Jaya
- Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak (Men) - 30 -31/3,2,6 hingga 9/4/09 (SMK Taman Ehsan,SMK Seri Garing,SMK Seri Gombak,SBPI Gombak)
- Kejohanan Kriket MSSD Gombak (Ren) - 14 hingga 16 /4/09 (SMT Gombak,SBPI Gombak,SMK Sg.Pusu)
- Kejohanan Tenis MSSD Gombak - 30-31 /3, 1/4/09 - Kompleks Tenis jalan duta, Kuala Lumpur.
- Kejohanan Boling Tenpin MSSD Gombak - 20 hingga 24/4/09 - Ampang Superbowl,Ampang Point.
- Kejohanan Bola Tampar MSSD Gombak -27 hingga 29/4/09 - SMK Seri Gombak
- Kejohanan Kriket MSSD Gombak (Men) - 21 hingga 23/4/2009 - SMT Gombak, SBPI Gombak,SMK Seri Gombak.
- Kejohan Gimrama MSS Selangor - 20 hingga 24/4/09 - SJKC Rasha Klang
- Kejohanan Gimnastik MSS Selangor - 12 hingga 15 Mei 2009- Petaling perdana
- Kejohanan Bola Sepak MSS Selangor - 20 - 23/4/09 - Kualan Langat
- Kejohanan Sofbol MSS Selangor - 4 - 8/4/09 - Klang
- Kejohanan Bola Keranjang MSS Selangor -6 hingga 10 Mei/09 - Hulu Langat
- Kejohanan Bola Keranjang MSS Selangor - 4 hingga 7/5/2009 - Sunway Piramid
- Kejohanan Bola Baling MSS selangor - 4 hingga 7 Mei 2009 - Sepang
- Kejohanan Bola Tampar MSS Selangor - 11 hingga 15/5/09 - Kuala selangor
- Kejohanan Hoki MSS Selangor - 4 hingga 9 Mei/09 - petaling Utama
- Kejohanan kriket MSS Selangor - 4 hingga 8 Mei/09 - SMT Gombak,SMK Sg Pusu,SMK Gombak setia.
- Kejohanan tenis MSS Selangor- 11 hingga 14/5/09 - kompleks Tenis MBPJ, Petaling Jaya.
Mula Tugas Baru Di PPD Gombak
Friday, March 20, 2009
Saiz Ahli Kumpulan

Monday, March 02, 2009
Friday, February 27, 2009
Children live what they learn

Syabas!
Thursday, February 19, 2009
Apa itu Pembelajaran?

Apa itu minda? Bagaimana minda manusia berkembang (mind develop)? Apa itu pengetahuan dan bagaimana minda berhubung kait dengan pengetahuan. Kajian mengenai pembelajaran berasakan kepada dua sumber, iaitu sifat semula jadi pengetahuan itu dan bagaimana kita boleh mengetahui mengenai sesuatu perkara itu.
Adakah pengetahuan datangnya daripada pengalaman manusia? Atau dari proses berfikir dan mencari sebab musabab tentang sesuatu perkara itu. Justeru, tulisan saya pada pagi ini (19/2/09) tertumpu kepada perkataan pembelajaran, pemikiran, minda dan pengetahuan yang mana pada fikiran saya sangat bermakna untuk semua orang memikirkannya. Semoga catatan yang tak seberapa ini dapat memberi impak yang besar kepada kaum guru, khususnya di SMK Hulu Kelang. Anda adalah jurutera atau arkitek yang membina anak bangsa Malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
Tuesday, February 17, 2009
PRESTASI INGATAN INDIVIDU
1. Umur.
Prestasi ingatan seseorang akan menurun apabila umur mereka meningkat tua. Dalam satu kajian mendapati individu yang berumur 90 tahun ke atas menunjukkan pencapaian prestasi ingatan paling rendah. Manakala mereka yang berumur 50 tahun menunjukkan tahap pencapaian prestasi ingatan yang sederhana. Oleh itu, sudah tentulah para pelajar yang berumur pada peringkat umur belasan tahun mempunyai tahap pencapaian prestasi ingatan yang cemerlang. Walau bagaimanapun berdasarkan pemerhatian saya, terdapat ramai pelajar gagal mengingat apa yang dipelajari. Mengapa keadaan ini berlaku?
2. Latar Belakang Pendidikan.
Individu yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi (seperti ijazah, sarjana dan Phd) menunjukkan tahap pencapaian prestasi ingatan tinggi dalam ujian neuropsychological. Walau bagaimanapun terdapat kajian lain yang mengatakan faktor latar belakang pendidikan kurang signifikan terhadap ujian IQ, kebolehan kognitif dan ingatan. Persoalannya masih terdapat mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi mengalami masalah lupa. Mengapa?
3. Jantina.
Kajian menunjukkan jantina perempuan memiliki kebolehan mengingat yang lebih baik dalam lisan. Manakala jantina lelaki pula memiliki kebolehan mengingat yang lebih baik dalam penulisan dan matematik. Sejauh mana perkara ini benar di sekolah anda? Walau bagaimanapun perbezaan ini sangat kecil dan kemungkinan ada faktor silang daripada latar belakang pendidikan dan pengaruh baka serta penyakit.
4. Kesimpulan.
Walau apa pun faktor yang disenaraikan mempengaruhi prestasi ingatan kita, Namum masih ada langkah-langkah pencegahan dan pengekalan agar ingatan kita berada dalam prestasi yang baik. Untuk itu, saya akan menulis dalam tajuk berikutnya mengenai langkah-langkah mengekalkan ingatan minda.
Monday, February 16, 2009
Pembestarian SMK Hulu Kelang
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam lestari.
Ucaptama saya pada hari ini adalah berkaitan dengan visi sekolah ke arah melahirkan generasi bestari menjelang tahun 2010. Generasi bestari di kalangan pelajar bermaksud kumpulan pelajar yang menggunakan ICT dalam mencari maklumat pembelajaran. Penggunaan ICT secara optimum sudah tentu akan mewujudkan kesan ledakan maklumat di kalangan pelajar. Oleh itu pelajar akan lebih berkemahiran membanding beza dan menilai maklumat-maklumat yang berfaedah untuk meningkatkan tahap pemikiran aras tinggi.
Berdasarkan pengalaman saya (mantan Ketua Unit Teknik & Vokasional, PPD Gombak) SMK Hulu Kelang mempunyai frasa rana ICT yang agak baik. Di mana bilik pentadbir, pejabat, bilik guru dan perpustakaan telah dilengkapkan dengan wire less internet.Oleh itu, saya sangat berharap guru-guru dapat down load bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan kemudiannya diedarkan kepada pelajar, khususnya bahan P & P daripada laman web MyschoolNet.
Berikut ialah beberapa contoh usaha ke arah pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
CD Sains dan Islam. CD ini dihasilkan oleh sekumpulan pelajar yang mengambil subjek pendidikan Islam dan subjek Sains. Penerokaan ilmu pengetahuan oleh pelajar dalam kumpulan ini telah dapat menjawab apa yang terkandung dalam Al-Quran selari dengan ilmu pengetahuan sains tentang kejadian manusia dan alam semesta.
CD Prinsip Perakaunan yang dihasilkan oleh saya sendiri. CD ini lengkap mengandungi 7 bab sukatan pelajaran tingkatan 4 subjek Prinsip Perakaunan. Setiap bab dibentangkan dengan menggunakan power point dengan gabungan suara dan teknik pautan antara satu fail dengan fail yang lain.
CD peraturan permainan golf. CD ini mengandungi peraturan-peraturan permainan golf yang dimuat turun daripada internet. Maklumat yang diperoleh dapat membantu kumpulan pelajar yang berminat dengan sukan ini memahami peraturan-peraturan permainan golf. Syukur Alllhamdulilah seramai 3 orang daripada 8 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daerah Gombak ke MSSS di Kelab Golf Saujana Impian pada 25 Feb 2009.
Justeru itu, saya ingin memberi peluang kepada para pelajar untuk menyertai pertandingan menghasilkan dan membentang bahan pembelajaran berkaitan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam subjek-subjek yang diambil dengan menggunakan pendekatan ICT. Saya ingin menawarkan hadiah tempat pertama RM50, tempat kedua RM30 dan tempat ketiga RM20. Tarikh tutup pertandingan ialah pada bulan Jun 2009.
Akhir kata, saya sekali lagi mengharapkan warga SMK Hulu Kelang berusaha dengan gigih ke arah melahirkan generasi bestari pada tahun 2010.
Wednesday, February 11, 2009
Wednesday, February 04, 2009
Kelab Golf SMK Hulu Kelang
Thursday, January 15, 2009
Pembelajaran & Ingatan
Tuesday, June 10, 2008
Advance Oeganizers
Friday, December 14, 2007
Selamat Tinggal KUTV dan Selamat Datang PK.
Thursday, September 20, 2007
Bidang Teknik & Vokasional Di Era ICT
Thursday, September 13, 2007
Tahniah!




