Makluman 13/11/2006
Esok tarikh akhir bagi Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat dalam Kajian Dan Penilaian Terhadap Inisiatif Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Bagi Pembangunan Pelan Stratehik ICT Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2006 - 2010 menghantar borang soal selidik ke Pejabat Pelajaran Daerah Gombak (UP:En.Sajoli Masdor). Kerjasama daripada Pengetua dan Guru Besar diucapakan ribuan terima kasih. Diharapkan pihak responden dapat menjawab soalan-soalan dalam borang soal selidik dengan jujur dan tetap. Ketepatan dan kesahihan jawapan tuan/puan akan menjamin keberkesanan kajian ini. Kerana dapatan kajian ini penting bagi Kementerian Pelajaran Malaysia merangka Pelan Strategik ICT KPM Tahun 2006-2010. Selain itu dapatan kajian juga membantu KPM dalam usaha menambahbaikkan perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program ICT KPM seterusnya membantu KPM menjalankan program yang lebih berkesan untuk peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment