Thursday, April 19, 2007

Apakah itu 'E- Learning'
JAYA KUMAR C. KORAN
Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari
Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Definisi 'e-learning' ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. la juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Bagaimanapun secara umumnya, 'e-learning' adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari mediaelektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini.

Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun 'asynchronously' (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk 'discussion group' dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (‘on-line’ ) (Learnframe, 2001).

Bagaimanapun fokus kertas ini hanya kepada bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang boleh disampaikan melalui Internet, Intranet atau CD-ROM yang mempunyai ciri-ciri multimedia (teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video) dan mempunyai kemudahan untuk 'discussion group' serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian ('on-line').

Apakah perbezaan antara pembelajaran tradisional dan 'e-learning’?

Di dalam sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung kepada usaha guru dan juga pelajar. Bagaimana pun untuk tujuan perbandingan diberikan perbezaan antara pembelajaran 'tradisional' dan 'e-learning'.

Di dalam kelas 'tradisional', guru dianggap sebagai pendita di atas pentas. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya adalah berpusatkan guru.

Di dalam pembelajaran 'e-learning' fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran 'e-learning' akan 'memaksa' pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri.

Kenapakah 'e-learning' perlu digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia?

'E-learning' membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. 'E-learning' yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator.

Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan Internet sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan ‘e-learning' yang ada di pasaran tempatan.

Ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam chat groups' atau 'bulletin boards'. (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001; Tan, 2001). Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada 'e-learning' serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalam Internet, maka sudah tiba masanya ianya digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda 'e-learning' kebangsaan banyak bergantung kepada pelaksanaan ICT di selolah. Jika pelajar dapat dibimbing umuk menggunakan 'e-learning' dengan cara yang berfaedah maka ianya akan membantu mengurangkan penggunaan negatif yang lain.

No comments: