
Tahniah saya ucapkan kepada PIBG SMK Gombak Setia dan Pengetua serta guru-guru kerana terjalin usaha kerjasama untuk membestarikan SMK Gombak Setia. Proses pembestarian ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan dijangkakan siap sepenuhnya pada 2010. Ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu semua sekolah menjelang tahun 2010 melaksanakan peluasan pembestarian. Dimana para pelajar mudah mengakses maklumat dan impaknya mampu meningkatkan tahap pemikiran minda kelas pertama. Para guru harus bersedia meningkatkan kemahiran ICT ke arah melaksanakan proses pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini sudah tentu dapat menarik minat pelajar terhadap isi kandungan pelajaran yang diajar dan mampu menambah masa pembelajaran secara maya.