Saturday, July 07, 2007

Kursus Aplikasi ICT Untuk Penyelaras Makmal











Bermula 3 Julai 2007 hingga 6 Julai 2007 seramai 502 Guru Penyelaras Makmal Negeri Selangor telah berkampung di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor kerana menghadiri Kursus Aplikasi ICT yang dianjurkan oleh Unit ICT, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor bersama Ketua Unit Teknologi dan Vokasional dari 9 Pejabat Pelajaran Daerah. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Ismail Sulaiman. Dalam ucaptama pada 3 Julai 2007 jam 8.30 malam, beliau memberi motivasi kepada Guru Penyelaras Makmal agar berusaha bersungguh-sungguh menjadikan makmal komputer sekolah masing-masing sebagai makmal komputer terbilang. Iaitu makmal komputer yang berperanan secara optimum dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian oleh guru-guru kepada pelajar di abad ke 21 ini. Selain itu, beliau menarik perhatian guru penyelaras makmal ke arah meningkatkan usaha pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Daerah Gombak telaha menghantar seramai 42 orang guru penyelaras makmal komputer dan diharapkan mereka mendapat sepenuhnya segala isi kandungan kursus dan dapat dibawa balik ke sekolah masing-masing. Ilmu yang diperoleh disini diharapkan dapat diamalkan untuk meningkatkan kecemerlangan pengurusan makmal komputer sekolah.

No comments: