Friday, February 27, 2009

Children live what they learn


If children live with criticism,

They learn to condemn

If children live with hostility,

They learn to fight

If children live with ridicule,

They learn to be shy

If children live with shame,

They learn to feel guilty

If children live with praise,

They learn to appreciate

If children live with fairness,

They learn justice

If children live with security

They learn to have faith

If children live with approval

They learn to like themselves

If children live with acceptance and friendship

They learn to find love in the world

Roffey and O'Reirdan (2001)

Syabas!

Syabas saya ucapkan kepada Ganeshya, Nurul Zulai'qah dan Wan Izzudin kerana telah memberi saingan yang boleh dibanggakan dalam Kejohanan Golf MSSS 2009 di Saujana Impian Golf Club, Kajang bermula 24 hb Feb hingga 25 hb Feb 2009. Walaupun tidak terpilih mewakili Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan, sekurang-kurangnya banyak pengalaman berharga yang diperolehi semasa menyertai kejohanan tersebut. Pengalaman ini harus dikongsi bersama dengan ahli-ahli Kelab Golf SMKHK untuk menyusun strategi bagi kejohanan golf MSSS pada tahun 2010. Kita harus bertindak sekarang dari segi info, latihan dan ketahanan mental. Bukannya apabila ada kejohanan baru hendak bertindak, sudah tentu kita menghadapi kesuntukkan waktu. Cikgu turut bangga apabila melihat putera dan puteri SMKHK beraksi dengan pemain yang hebat khususnya dari daerah Petaling.

Thursday, February 19, 2009

Ucaptama Pn.Hanim Ibrahim,Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor


Apa itu Pembelajaran?


Bagaimana manusia mula mengerti erti pembelajaran bukanlah satu persoalan yang baru dalam bidang psikologi. Kajian demi kajian tentang pembelajaran telah dilakukan sejak tahun 1800. Persoalan ini juga menjadi tumpuan utama dalam bidang falsafah, iaitu mencari jawapan kepada persoalan mengapa manusia belajar dan bagaimana keperluan untuk belajar itu wujud atau berlaku dalam kehidupan seharian mereka.
Apa itu minda? Bagaimana minda manusia berkembang (mind develop)? Apa itu pengetahuan dan bagaimana minda berhubung kait dengan pengetahuan. Kajian mengenai pembelajaran berasakan kepada dua sumber, iaitu sifat semula jadi pengetahuan itu dan bagaimana kita boleh mengetahui mengenai sesuatu perkara itu.
Adakah pengetahuan datangnya daripada pengalaman manusia? Atau dari proses berfikir dan mencari sebab musabab tentang sesuatu perkara itu. Justeru, tulisan saya pada pagi ini (19/2/09) tertumpu kepada perkataan pembelajaran, pemikiran, minda dan pengetahuan yang mana pada fikiran saya sangat bermakna untuk semua orang memikirkannya. Semoga catatan yang tak seberapa ini dapat memberi impak yang besar kepada kaum guru, khususnya di SMK Hulu Kelang. Anda adalah jurutera atau arkitek yang membina anak bangsa Malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Tuesday, February 17, 2009

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBERI KESAN KEPADA
PRESTASI INGATAN INDIVIDU

1. Umur.
Prestasi ingatan seseorang akan menurun apabila umur mereka meningkat tua. Dalam satu kajian mendapati individu yang berumur 90 tahun ke atas menunjukkan pencapaian prestasi ingatan paling rendah. Manakala mereka yang berumur 50 tahun menunjukkan tahap pencapaian prestasi ingatan yang sederhana. Oleh itu, sudah tentulah para pelajar yang berumur pada peringkat umur belasan tahun mempunyai tahap pencapaian prestasi ingatan yang cemerlang. Walau bagaimanapun berdasarkan pemerhatian saya, terdapat ramai pelajar gagal mengingat apa yang dipelajari. Mengapa keadaan ini berlaku?

2. Latar Belakang Pendidikan.
Individu yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi (seperti ijazah, sarjana dan Phd) menunjukkan tahap pencapaian prestasi ingatan tinggi dalam ujian neuropsychological. Walau bagaimanapun terdapat kajian lain yang mengatakan faktor latar belakang pendidikan kurang signifikan terhadap ujian IQ, kebolehan kognitif dan ingatan. Persoalannya masih terdapat mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi mengalami masalah lupa. Mengapa?

3. Jantina.
Kajian menunjukkan jantina perempuan memiliki kebolehan mengingat yang lebih baik dalam lisan. Manakala jantina lelaki pula memiliki kebolehan mengingat yang lebih baik dalam penulisan dan matematik. Sejauh mana perkara ini benar di sekolah anda? Walau bagaimanapun perbezaan ini sangat kecil dan kemungkinan ada faktor silang daripada latar belakang pendidikan dan pengaruh baka serta penyakit.

4. Kesimpulan.
Walau apa pun faktor yang disenaraikan mempengaruhi prestasi ingatan kita, Namum masih ada langkah-langkah pencegahan dan pengekalan agar ingatan kita berada dalam prestasi yang baik. Untuk itu, saya akan menulis dalam tajuk berikutnya mengenai langkah-langkah mengekalkan ingatan minda.

Monday, February 16, 2009

Pembestarian SMK Hulu Kelang

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam lestari.

Ucaptama saya pada hari ini adalah berkaitan dengan visi sekolah ke arah melahirkan generasi bestari menjelang tahun 2010. Generasi bestari di kalangan pelajar bermaksud kumpulan pelajar yang menggunakan ICT dalam mencari maklumat pembelajaran. Penggunaan ICT secara optimum sudah tentu akan mewujudkan kesan ledakan maklumat di kalangan pelajar. Oleh itu pelajar akan lebih berkemahiran membanding beza dan menilai maklumat-maklumat yang berfaedah untuk meningkatkan tahap pemikiran aras tinggi.

Berdasarkan pengalaman saya (mantan Ketua Unit Teknik & Vokasional, PPD Gombak) SMK Hulu Kelang mempunyai frasa rana ICT yang agak baik. Di mana bilik pentadbir, pejabat, bilik guru dan perpustakaan telah dilengkapkan dengan wire less internet.Oleh itu, saya sangat berharap guru-guru dapat down load bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan kemudiannya diedarkan kepada pelajar, khususnya bahan P & P daripada laman web MyschoolNet.

Berikut ialah beberapa contoh usaha ke arah pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
CD Sains dan Islam. CD ini dihasilkan oleh sekumpulan pelajar yang mengambil subjek pendidikan Islam dan subjek Sains. Penerokaan ilmu pengetahuan oleh pelajar dalam kumpulan ini telah dapat menjawab apa yang terkandung dalam Al-Quran selari dengan ilmu pengetahuan sains tentang kejadian manusia dan alam semesta.
CD Prinsip Perakaunan yang dihasilkan oleh saya sendiri. CD ini lengkap mengandungi 7 bab sukatan pelajaran tingkatan 4 subjek Prinsip Perakaunan. Setiap bab dibentangkan dengan menggunakan power point dengan gabungan suara dan teknik pautan antara satu fail dengan fail yang lain.
CD peraturan permainan golf. CD ini mengandungi peraturan-peraturan permainan golf yang dimuat turun daripada internet. Maklumat yang diperoleh dapat membantu kumpulan pelajar yang berminat dengan sukan ini memahami peraturan-peraturan permainan golf. Syukur Alllhamdulilah seramai 3 orang daripada 8 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daerah Gombak ke MSSS di Kelab Golf Saujana Impian pada 25 Feb 2009.

Justeru itu, saya ingin memberi peluang kepada para pelajar untuk menyertai pertandingan menghasilkan dan membentang bahan pembelajaran berkaitan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam subjek-subjek yang diambil dengan menggunakan pendekatan ICT. Saya ingin menawarkan hadiah tempat pertama RM50, tempat kedua RM30 dan tempat ketiga RM20. Tarikh tutup pertandingan ialah pada bulan Jun 2009.

Akhir kata, saya sekali lagi mengharapkan warga SMK Hulu Kelang berusaha dengan gigih ke arah melahirkan generasi bestari pada tahun 2010.

Wednesday, February 04, 2009

Kelab Golf SMK Hulu Kelang

Kelab Golf SMK Hulu Kelang (KGSMKHK) telah ditubuhkan pada 25 Jan 2009. Tujuan penubuhan KGSMKHK ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar SMK Hulu Kelang tentang sukan golf. Kebetulan SMK Hulu Kelang berada berhampiran Kelab Golf Darul Ehsan.

Saya (Penolong Kanan) sebenarnya baru menceburkan diri dalam sukan ini pada tahun 2008 dan menguasai ilmu permainan ini menerusi internet dan majalah golf. Sebagai pendidik sudah tentu saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman bermain golf dengan anak murid saya. Syukur Alhamdulillah, kerana rajin bertanya dengan pelajar, rupanya ada pelajar saya yang bermain golf dan mereka mempunyai set golf yang lengkap.

Pada peringkat permulaan, seramai 7 orang pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 menjadi ahli penaja KGSMKHK. Berita baik ini tersebar dengan cepat dan seorang ibu telah menghubungi saya sedia memindahkan anaknya ke SMK Hulu Kelang, semata-mata kerana sekolah ini ada menawarkan permainan sukan golf. Oleh itu, jumlah ahli kelab bertambah menjadi 8 orang.

Pada 3 hb Feb 2009, pasukan golf KGSMKHK telah menghantar seramai 8 orang pemain ke pemilihan golf MSSD Gombak di Setapak Drive Range dan 3 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daerah Gombak ke MSSS. Terima kasih sokongan yang diberikan oleh Pengetua, Pn.Normah Bt. Omar dan Ibu bapa. Semoga dengan adanya permainan golf di SMK Hulu Kelang, pihak sekolah dapat memperkasakan sekolah seperti yang dikehendaki dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.