Saya (Penolong Kanan) sebenarnya baru menceburkan diri dalam sukan ini pada tahun 2008 dan menguasai ilmu permainan ini menerusi internet dan majalah golf. Sebagai pendidik sudah tentu saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman bermain golf dengan anak murid saya. Syukur Alhamdulillah, kerana rajin bertanya dengan pelajar, rupanya ada pelajar saya yang bermain golf dan mereka mempunyai set golf yang lengkap.
Pada peringkat permulaan, seramai 7 orang pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 menjadi ahli penaja KGSMKHK. Berita baik ini tersebar dengan cepat dan seorang ibu telah menghubungi saya sedia memindahkan anaknya ke SMK Hulu Kelang, semata-mata kerana sekolah ini ada menawarkan permainan sukan golf. Oleh itu, jumlah ahli kelab bertambah menjadi 8 orang.
Pada 3 hb Feb 2009, pasukan golf KGSMKHK telah menghantar seramai 8 orang pemain ke pemilihan golf MSSD Gombak di Setapak Drive Range dan 3 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daerah Gombak ke MSSS. Terima kasih sokongan yang diberikan oleh Pengetua, Pn.Normah Bt. Omar dan Ibu bapa. Semoga dengan adanya permainan golf di SMK Hulu Kelang, pihak sekolah dapat memperkasakan sekolah seperti yang dikehendaki dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
No comments:
Post a Comment