Psychologist setakat ini masih belum ada satu kepastian tentang bagaimana manusia 'mengingat' dan 'lupa' berkenaan sesuatu peristiwa atau perkara. Walau bagaimanapun mereka percaya bahawa 'mengingat' melibatkan satu proses yang sistematik, iaitu pemindahan maklumat jangka pendek ke maklumat jangka panjang. Ingatan jangka panjang boleh menyimpan maklumat untuk tempoh seumur hidup kita. Sebagai contoh kita dapat mengingat no.kad pengenalan.
Ingatan jangka pendek pula hanya mampu bertahan dalam minda kita paling minima dalam beberapa saat atau minit. Dan ia bergantung pula tahap umur seseorang itu dan amalan pemakanan dan kesihatannya. Agak malang bagi seseorang yang mengalami kecederaan terutamanya di bahagian kepala. Kemungkinan mereka akan mengalami kehilangan maklumat jangka pendek sedia ada. Kisah benar, seorang rakan mengalami kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan di bahagian kepala. Implikasinya selama seminggu dia tidak dapat mengenali isterinya dan menganggap isterinya seorang jururawat. Ingatan jangka pendek boleh menyimpan maklumat yang merujuk kepada sesuatu masa dan maklumat itu diterima menerusi pancaindera seperti mata dan telinga.
Strategi membentuk dan mengukuhkan ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah melaksanakan proses penyampaian secara perlahan dan mengikut kemampuan pelajar.Kajian menunjukkan pengajaran yang menggunakan kadar sebutan yang perlahan dapat mengandakan kadar pengekalan maklumat dalam minda pelajar.
Selamat mencuba cikgu.
No comments:
Post a Comment