Thursday, February 19, 2009

Apa itu Pembelajaran?


Bagaimana manusia mula mengerti erti pembelajaran bukanlah satu persoalan yang baru dalam bidang psikologi. Kajian demi kajian tentang pembelajaran telah dilakukan sejak tahun 1800. Persoalan ini juga menjadi tumpuan utama dalam bidang falsafah, iaitu mencari jawapan kepada persoalan mengapa manusia belajar dan bagaimana keperluan untuk belajar itu wujud atau berlaku dalam kehidupan seharian mereka.
Apa itu minda? Bagaimana minda manusia berkembang (mind develop)? Apa itu pengetahuan dan bagaimana minda berhubung kait dengan pengetahuan. Kajian mengenai pembelajaran berasakan kepada dua sumber, iaitu sifat semula jadi pengetahuan itu dan bagaimana kita boleh mengetahui mengenai sesuatu perkara itu.
Adakah pengetahuan datangnya daripada pengalaman manusia? Atau dari proses berfikir dan mencari sebab musabab tentang sesuatu perkara itu. Justeru, tulisan saya pada pagi ini (19/2/09) tertumpu kepada perkataan pembelajaran, pemikiran, minda dan pengetahuan yang mana pada fikiran saya sangat bermakna untuk semua orang memikirkannya. Semoga catatan yang tak seberapa ini dapat memberi impak yang besar kepada kaum guru, khususnya di SMK Hulu Kelang. Anda adalah jurutera atau arkitek yang membina anak bangsa Malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

1 comment:

wstiew said...

Pembelajaran memang sesuatu yang menakjubkan. Ianya akan memberi dorongan dan petunjuk untuk terus berjuang dalam apa dunia penglibatan masing-masing. Belajarlah untuk diri sendiri dan juga untuk kebaikan dunia sejagat.