Apakah yang dimaksudkan 'Guru Berkesan'! Adakah pengajaran guru berkenaan menyebabkan keputusan peperiksaan mata pelajaran yang diajar meningkat? Atau murid mudah faham isi pelajaran dan mampu menarik minat murid untuk terus membuat penerokaan terhadap sesuatu tajuk itu. Ada yang berpendapat guru berkesan Guru harus menggunakan kaedah mengajar yang dapat mengekalkan momentum kerja murid dan tumpukan perhatian semasa pelajaran berlangsung;merangsang sifat ingin tahu secara intelektual, menyampaikan rasa cinta terhadap subjek yg. diajar, memupuk semangat dan mengekalkan motivasi mereka” (DfEE, 1998a). Manakala pendapat Jemaah Nazir guru berkesan ialah guru yang mampu menghasilkan P & P yang berkesan, merangsang dan memotivasikan muridnya.Selain itu guru harus berupaya menghasilkan kaedah pengajaran berbentuk kreatif, menarik, tersusun dan mempunyai perancangan yang baik. Aspek tingkahlaku guru juga perlu lebih sentiasa kelihatan ceria, berminat dengan tugas dan suka kepada pengajarannya. Ini akan dapat menarik minat dan perhatian pelajar untuk mengikuti pengajarannya.”
Berdasarkan satu kajian, guru berkesan ialah seorang guru yang berpengetahuan. Ciri ini disokong secara purata 3.8 oleh responden guru dan murid. Bermaksud guru dan murid sependapat bahawa guru yang berkesan mestilah seorang yang berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajarnya. Sebagai contoh seorang guru Prinsip Perakaunan arif dalam tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran dan mempunyai maklumat tentang organisasi yang terlibat dalam kerjaya perakaunan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Ciri kedua guru berkesan mengikut perspektif murid ialah menghormati murid dengan purata 3.6. Ini bermaksud guru harus melihat murid sebagai insan yang memerlukan ilmu pengetahuan dan memerlukan bimbingan. Sebarang kelemahan murid cuba diatasi dan ditegur secara berhemah. Manakala ciri kedua guru berkesan menurut perspektif guru pula ialah ciri mengambil berat. Iaitu mengikuti perkembangan kemajuan murid dari semasa ke semasa. Sebagai contoh guru menegur murid yang tidak menyiapkan kerja rumah atau latihan yang diberi, menghubungi ibubapa untuk memaklumkan perkembangan sahsiah anak-anak mereka dan memberi nasihat untuk murid terus berusaha bersunggguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Walaupun terdapat perbezaan ciri mengikut murid dan guru tetapi masih dalam skop yang sama iaitu usaha untuk melihat murid berjaya.
sambungan......
No comments:
Post a Comment