Friday, March 20, 2009

Saiz Ahli Kumpulan


Persoalan yang sering timbul dalam membentuk kumpulan ialah berapakah bilangan ahli kumpulan yang tepat dan berkesan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran koperatif. Kerana menentukan bilangan ahli kumpulan merupakan faktor penting dalam mempengaruhi kejayaan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif dalam bilik darjah. Sering kita dengar ulasan guru yang mengatakan bahawa pelajar dalam aktiviti berkumpulan sebenarnya tidak melaksanakan tugasan yang diberi.Sebaliknya mereka lebih bersembang sesama rakan dalam kumpulan tersebut perkara di luar tajuk perbincangan. Ahli kumpulan yang terlalu besar akan menyebabkan guru ' terlepas pandang' dalam memberi bimbingan atau kemahiran yang diperlukan dalam melaksankan sesuatu tugasan yang diberi. Cohan (1989) mendapati semakin kecil saiz ahli kumpulan yang dibentuk akan menyebabkan pelajar lebih menyumbang idea dan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Lau (1996) pula menambah dengan dapatan bahawa saiz kumpulan menpengaruhi pencapaian pelajar. Apabila saiz kumpulan besar (antara 6 hingga 10 orang), pelajar secara signifikannya tidak menggunakan peluang pembelajaran secara bersama itu sebaik yang mungkin. Kesimpulannya, saiz ahli kumpulan antara 3 hingga 4 orang adalah saiz kumpulan yang ideal.

No comments: