Wednesday, April 29, 2009

Mula Tugas Baru Di PPD Gombak

Mulai 15 April 2009, saya telah ditukarkan sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan), di Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Sebenarnya pertukaran ini berkuatkuasa mulai 1 Mac 2009. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang yang telah memberi kerjasama semasa saya menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Walaupun tempoh perkhidmatan saya di SMK Hulu Kelang hanya lebih kuran 1 tahun 4 bulan tetapi banyak ilmu dan pengalaman yang sempat saya pelajari.
Kepada warga guru teruskan khidmat anda dengan cemerlang untuk mencapai visi sekolah iaitu 'ingin melahirkan generasi pelajar bestari dalam persekitaran lestari menjelang tahun 2010. Kepada warga pelajar,terus usaha anda dengan bersungguh-sungguh untuk menjana kecemerlangan untuk diri sendiri. keluarga, sekolah dan negara.
Saya akan terus menyumbang khidmat di mana jua saya diarahkan bertugas. Fokus utama saya kini adalah ke arah membangunkan pembentukkan sahsiah kendiri pelajar dan kokurikulum dengan cemerlang para pelajar di daerah gombak khususnya. Hasil post mortem setiap pertandingan dan kejohanan akan dibincangkan secara terperinci untuk membolehkan perancangan dan strategi yang mantap pada tahun 2010.

No comments: