Bermula 4 Jan 2010 saya telah memulakan tugas baru sebagai Pengetua SMK Bukit Indah. Selamat tinggal tugas Penolong Pegawai Pelajaran (Pengurusan Kemanusiaan), Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Sebagai seorang kakitangan awam, saya sedia berkhidmat dengan penuh disiplin dan tanggungjawab dalam memajukan pemikiran anak bangsa Malaysia, selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan pelajar mempunyai minda kelas pertama. SMK Bukit Indah mempunyai pelajar seramai 1350 orang dan tenaga pengajar seramai 80 orang. Infrastruktur terdiri daripada 4 blok bangunan, sebuah makmal komputer, dan rumah hijau. Syukur kerana sekolah ini masih mempunyai padang, gelanggang bola keranjang dan gelanggang bola baling. Saya mempunyai perancangan untuk meningkatkan sistem latihan terancang mengikut mata pelajaran dengan harapan penguasaan pelajar terhadap isi pelajaran akan bertambah baik. Selain itu, aspek disiplin akan diberi penekanan, khususnya membenteras perlakuan ponteng sokolah dan ponteng kelas di kalangan pelajar yang dianggarkan lebih kurang 1 %. Pembangunan sukan, badan beruniform dan persatuan akan diperkemaskan ke arah penyertaan di kejohanan-kejohanan terbuka samada di peringkat daerah, kebangsaan dan antarabangsa. Latihan-latihan dalam bidang sukan juga akan diterapkan ilmu sains sukan. Semoga saya berjaya menaikkan nama SMK Bukit Indah (SEMINDA) ke mercu kejayaan, kecemerlangan dan terbilang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment