Friday, December 14, 2007

Selamat Tinggal KUTV dan Selamat Datang PK.

Bermula 1 hb Disember 2007 saya telah mendaftar diri di SMK Hulu Kelang untuk memulakan tugas sebagai Penolong Kanan. Oleh itu, selamat tinggal jawatan Ketua Unit Teknik Dan Vokasional Pejabat Pelajaran Daerah Gombak dan selamat datang jawatan Penolong Kanan dengan harapan dapat menyumbang bakti dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Tempoh satu tahun lapan bulan berkhidmat sebagai Ketua Unit Teknik Dan Vokasional telah memberi pendedahan dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia kepada saya. Terutamanya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010.
Amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya menerusi jawatan Penolong Kanan akan saya laksanakan dengan penuh dedikasi. Menerusi jawatan ini, saya bukan lagi berperanan sebagai 'perantara' antara Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dengan sekolah-sekolah di daerah Gombak tetapi lebih berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar yang digubal bersama-sama dengan Pengetua dan warga SMK Hulu Kelang. Sebarang rintangan dan pemasalahan perlu dihadapi dan diatasi dengan kebijaksanaan. Di SMK Hulu Kelang, saya dengan kerjasama yang padu dari warga SMK Hulu Kelang akan berusaha untuk membestarikan sekolah menerusi serampang dua mata, iaitu mengamalkan budaya ICT dalam menambah nilai kecemerlangan pentadbiran sekolah sedia ada dan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Saya berharap Ketua Unit Teknik Dan Vokasional PPD Gombak yang baru dapat meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mencapai matlamat perluasan pembestarian semua sekolah di daerah Gombak menjelang tahun 2010. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, semua warga PPD Gombak, dan Pasukan Jurulatih Utama ICT, Aplikasi ICT, Penyelaras Makmal Komputer yang telah memberi kerjasama yang amat baik kepada saya semasa menjalankan tugas sebagai Ketua Unit Teknik Dan Vokasional.

Wednesday, October 10, 2007


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dengan Ingatan Tulus Iklas

Maaf Zahir Batin

Thursday, September 20, 2007

Bidang Teknik & Vokasional Di Era ICT







Tahniah kepada Guru Kanan Bidang Teknik & Vokasional Sekolah Menengah Daerah Gombak kerana telah berjaya menamatkan Kursus Aplikasi ICT di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Semoga para peserta menguasai isi kandungan kursus secara optimum dan segala pengetahuan dan kemahiran yang diterima daripada Jurulatih Utama boleh dikongsi dan disebarkan pula dengan rakan guru di sekolah masing-masing. Kursus selama 4 hari bermula pada 17 September dan berakhir 20 September 2007 ini telah memberi pendedahan pengintegrasian ICT dalam menyediakan Rancangan Mengajar mengikut mod penerokaan, mod tutorial, mod aplikasi dan mod komunikasi. Selain itu, para peserta didedahkan dengan kemahiran menyediakan blog sebagai wadah komunukasi dan perkongsian pintar dalam bidang keguruan dan pendidikan. Apa yang kita lakukan selama 4 hari ini merupakan satu tindakan ke arah mengisi keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Thursday, September 13, 2007

Tahniah!


Tahniah saya ucapkan kepada para peserta Kursus Aplikasi ICT Daerah Gombak kerana berjaya mengikuti kursus ini dengan jayanya. Semoga ilmu pengetahuan dan kemahiran aplikasi ICT yang diterima daripada para Jurulatih Utama sepanjang tempoh kursus dapat dikongsi bersama dengan rakan guru di sekolah masih-masing. Pesanan saya ialah ilmu mesti diamalkan, oleh itu para peserta kursus perlu menjadikan pengetahuan yang diterima sebagai budaya dalam pengajaran dan pembelajaran. Impaknya ialah anak didik kita akan mengalami ledakan maklumat dan mendorong pula ke arah pemikiran aras tinggi. Berbekalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif membolehkan mereka meningkatkan prestasi akademik.

Sunday, September 09, 2007

KURSUS ICT

KURSUS APLIKASI ICT 2007 AMBILAN 1 BERMULA 10 SEPTEMBER 2007 HINGGA 13 SEPTEMBER 2007. SEBANYAK 6 PUSAT (MAKMAL KOMPUTER) TERLIBAT DAN MELIBATKAN 240 ORANG GURU DENGAN 32 ORANG JURULAIH UTAMA.SAYA UCAPKAN SELAMAT BERKURSUS.

Friday, August 24, 2007

Membiasakan Pekerjaan Berfikir

Untuk menjaga kesihatan jiwa, biasakan berfikir setiap hari walaupun memikirkan perkara-perkara yang kecil-kecil sekalipun. Kerana apabila otak dibiarkan 'menganggur', boleh pula ditimpa sakit dan menjadi bingung. Setiap hari otak mesti dilatih berfikir. Kalau otak malas berfikir, kita menjadi dungu. Banyaknya orang bodoh kerana malas berfikir. Itulah mati dalam hidup. Haruslah diajar kekuatan berfikir sejak kecil lagi kerana orang yang kuat berfikirlah yang dapat menghasilkan hikmat, Jika besar kelak dia akan menjadi tokoh yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Masyarakat, organisasi dan negara akan terasa kekurangan tanpa tokoh tersebut.
Berfikir seharusnya selari dengan pengalaman. Kerana seorang pemikir yang berpengalaman, boleh mengambil natijah sesuatu perkara dengan segera, sedang orang lain memandang perkara itu besar dan sulit. Sebab dari fikirannya dan pengalamannya, dia sudah biasa menjalankan manthiknya.
Adalah lebih malang sekali apabila setelah seseorang itu menjadi ahli fikir dan berpengalaman serta berilmu tetapi tidak terus berusaha menambah ilmu pengetahuan yang luas ibarat lautan. Kerana ilmu pengetahuan apabila diteroka, semakin banyak penemuan yang dapat menyumbang kepada peningkatan tamaddun manusia.
Sekian renungan di pagi Jumaat dan hasil pembacaan saya dari sumber buku Prof. Dr. Hamka bertajuk "Tasauf Moden" terjemahan Haji Abdul Malik Karim Amrullah, terbitan Darul Nu'Man.

Monday, August 20, 2007

Guru Berkesan

Apakah yang dimaksudkan 'Guru Berkesan'! Adakah pengajaran guru berkenaan menyebabkan keputusan peperiksaan mata pelajaran yang diajar meningkat? Atau murid mudah faham isi pelajaran dan mampu menarik minat murid untuk terus membuat penerokaan terhadap sesuatu tajuk itu. Ada yang berpendapat guru berkesan Guru harus menggunakan kaedah mengajar yang dapat mengekalkan momentum kerja murid dan tumpukan perhatian semasa pelajaran berlangsung;merangsang sifat ingin tahu secara intelektual, menyampaikan rasa cinta terhadap subjek yg. diajar, memupuk semangat dan mengekalkan motivasi mereka” (DfEE, 1998a). Manakala pendapat Jemaah Nazir guru berkesan ialah guru yang mampu menghasilkan P & P yang berkesan, merangsang dan memotivasikan muridnya.Selain itu guru harus berupaya menghasilkan kaedah pengajaran berbentuk kreatif, menarik, tersusun dan mempunyai perancangan yang baik. Aspek tingkahlaku guru juga perlu lebih sentiasa kelihatan ceria, berminat dengan tugas dan suka kepada pengajarannya. Ini akan dapat menarik minat dan perhatian pelajar untuk mengikuti pengajarannya.”
Berdasarkan satu kajian, guru berkesan ialah seorang guru yang berpengetahuan. Ciri ini disokong secara purata 3.8 oleh responden guru dan murid. Bermaksud guru dan murid sependapat bahawa guru yang berkesan mestilah seorang yang berpengetahuan dalam mata pelajaran yang diajarnya. Sebagai contoh seorang guru Prinsip Perakaunan arif dalam tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran dan mempunyai maklumat tentang organisasi yang terlibat dalam kerjaya perakaunan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
Ciri kedua guru berkesan mengikut perspektif murid ialah menghormati murid dengan purata 3.6. Ini bermaksud guru harus melihat murid sebagai insan yang memerlukan ilmu pengetahuan dan memerlukan bimbingan. Sebarang kelemahan murid cuba diatasi dan ditegur secara berhemah. Manakala ciri kedua guru berkesan menurut perspektif guru pula ialah ciri mengambil berat. Iaitu mengikuti perkembangan kemajuan murid dari semasa ke semasa. Sebagai contoh guru menegur murid yang tidak menyiapkan kerja rumah atau latihan yang diberi, menghubungi ibubapa untuk memaklumkan perkembangan sahsiah anak-anak mereka dan memberi nasihat untuk murid terus berusaha bersunggguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Walaupun terdapat perbezaan ciri mengikut murid dan guru tetapi masih dalam skop yang sama iaitu usaha untuk melihat murid berjaya.
sambungan......

Wednesday, August 15, 2007

Tahniah kepada Jurulatih Utama Aplikasi ICT

Tahniah saya ucapkan kepada Jurulatih Utama Aplikasi ICT yang dapat hadir ke Mesyuarat Jurulatih Utama Aplikasi ICT Daerah Gombak kali pertama. Mesyuarat ini telah membincangkan strategi perancangan pelaksanaan kursus aplikaksi ICT yang akan dilaksanakan pada bulan september. Kepada rakan Jurulatih Utama yang tidak dapat hadir, sila dapatkan maklumat sebelum kita berkursus di kuantan pada 27 hingga 30 Ogos 2007.
Berikut ialah senarai Jurulatih Utama Aplikasi ICT Daerah Gombak (Terkini) yang akan berkursus di Kuantan. Surat rasmi telah dihantar ke sekolah masing-masing pada 20 Ogos 2007.Pengangkutan sila berurusan dengan En.Azman Osman di talian +019 3145615. Kepada nama rakan JU (dalam senarai) yang tidak dapat hadir sebab bertugas sebagai pengawas peperiksaan dan lain-lain, sila maklumkan kepada saya secara segera.

Abd Hamid Bin Mohamad SK Sungai Pusu
Azman Bin Wamin SBPI Gombak
Che'Azmy Bin Mohd Ariff SMK Selayang Bharu
Cik Amnah Binti Che Mat SK Bandar Baru Sungai Buloh
Hamili Bin Zakaria SK Gombak Utara (diganti oleh Jamaluddin Marji SK Taman Desa 2)
Ibrahim Bin Abdullah SMK Seri Gombak
Ibrahim Bin Yaacob SMK Sungai Pusu
Ida Suhana Binti Yahya SK Batu Arang
Ilham Rusydi Bin Che Ibrahim SK Taman Bukit Indah (diganti oleh Mohd Zairee SK Taman Melawati 2)
Jofadillah Binti Johan SMK Selayang Bharu
Kamuruddin Bin Arshad SMK Darul Ehsan
Khasrin Bin Kamil SK Sungai Tua Bharu
Mastura Binti Osman SMK Rawang
Mazdalina Binti Abu Bakar SK Seri Kundang
Mohd Azman Bin Osman SMK Seri Garing
Mohd Haniff Bin Kadis SK ( 1 ) Kuala Ampang
Mohd Mahathir Bin Mohd Tahir SK Taman Permata (diganti oleh Noor Sabri Bin Mohd Nor SMK Bandar Baru Sg.Buloh)
Mohd Nazri Bin Takman SBPI Rawang
Mohd Rosdi Bin Abdullah SMK Taman Selayang
Mohd Sahari Sayuti Bin Arifin SK Taman Selayang 2
Mohd Samizi Bin Abdul Rahman SK Gombak Setia
Mohd Suhaimi Sunar SK Bukit Rahman Putera
Nor Shazlin Binti Zhazali SMK Darul Ehsan
Norazlina Binti Kamarullah SMK Seri Selayang
Norhafiza Binti Md.Ngisum SMK Taman Selayang
Norhasimah Binti Mohamad SMK Sungai Pusu (diganti oleh Mohamad Shahhir Shaharani SK Sungai Kertas)
Normunyati Binti Hashim SK Sungai Buloh
Nurmastura Binti Abd.Rashid SMK Taman Selayang
Rafidah Binti Rashid SMK Seri Keramat
Rano Iswardy Bin M.Noor SK Selayang Baru 2
Rohaizad Bin Sulaiman SK Kepong
Roli Bin Abas SK Batu Arang
Rosnan Bin Hussein SMK Seri Gombak (diganti oleh Norlailatulsuba Bt Md Hashim SK Gombak Setia)
Rosnizam Bin Mohd SK Selayang Utama
Rosyati Binti Abdullah SK Klang Gate
Shaharizan Ibrahim SMK Rawang
Siti Norita Binti Salikin SMK Bukit Gading
Siti Sarah Binti MD Nor SK Selayang Utama
Srianis Binti Atim SK Hulu Kelang
Wan mahdi Bin Wan Ahmad Kahldin SK Seri Kundang
Zaini Binti Arif SK Selayang Utama (diganti oleh Shanty Bt Sai'en SK Taman Bukit Indah)
Zulhelmi Bin Abd Hamid SK Gombak Utara
Zulnaizre Bin zainol Murad SK Sungai Pusu

Monday, August 13, 2007

Keputusan Penilaian Pengurusan Makmal Komputer Daerah Gombak 2007

Makmal Komputer Gred A
1. SMK Rawang Batu 16 (Wakil Daerah Gombak ke peringat Negeri Selangor)
2. SMK Lembah Keramat
3. SK Bandar Baru Sungai Buloh (Wakil Daerah Gombak ke peringkat Negeri Selangor)
4. SK Bukit Rahman Putera

Makmal Komputer Gred B
1. SMK Ideal Heights
2. SMK Seri Garing
3 SMK Taman Keramat
4. SJK ( C ) Selayang Bharu
5. SK Kepong
6. SK Batu Arang

Makmal Komputer Gred C
1. SMK Seri Gombak
2. SMK Bukit Gading
3. SK Seri Kundang
4. SK Sungai Serai
5. SK Taman Melawati
6. SK Taman Melawati 2
7.SK Taman Permata

Makmal Komputer Gred D
1. SMK Taman Ehsan
2. SMK Seri Keramat
3. SMK Bukit Rahman Putera
4. SMK Bandar Tasik Puteri
5. SK Taman Desa 2
6. SK Gombak 1
7. SK Bukit Rawang Jaya
8. SK Taman Bukit Indah
9. SK Sungai Buloh
10. SK Rawang
11. SK Lembah Keramat
12. SK Desa Aman Puri

Makmal Komputer Gred E
1. SMK Tuanku Abdul Rahman
2. SMK Taman Desa
3. SMK Gombak Setia
4. SMK Seri Kundang
5. SMK Hulu Kelang
6. SM Teknik Selangor
7. SK Taman Prima
8. SK Taman Desa
9. SK Sinaran Budi
10. SK Bandar Baru Selayang
11. SK Kuala Ampang
12. SK bandar Baru Rawang
13. SJK ( T ) Rawang
14. SJK ( C ) Kundang
15. SJK ( C ) Chap Kuan
16. SJK ( T ) Kuang
17. SBPI Rawang

Mesyuarat Jurulatih Utama Kursus Apalikasi ICT

Tarik : 15 Ogos 2007 (Rabu)
Tempat: Makmal Komputer SMK Rawang Batu 16.

Seramai 43 orang Jurulatih Utama ICT akan bermesyuarat di makmal komputer, SMK Rawang Batu 16. Makmal komputer SMK Rawang telah dinobatkan sebagai johan pengurusan makmal komputer Daerah Gombak. Disamping bermesyuarat, Jurulatih Utama ICT boleh membuat lawatan penanda aras dan maklumat yang diterima boleh dijadikan panduan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan makmal komputer di sekolah masing-masing.
Berdasarkan lawatan ini, jelas menunjukkan makmal komputer SMK Rawang layak menerima pengiktirafan makmal komputer terbaik daerah Gombak dan akan mewakili daerah Gombak ke penilaian peringkat negeri Selangor. Semoga Berjaya.

Saturday, July 28, 2007

SMK GOMBAK SETIA DI ERA PEMBESTARIAN


Tahniah saya ucapkan kepada PIBG SMK Gombak Setia dan Pengetua serta guru-guru kerana terjalin usaha kerjasama untuk membestarikan SMK Gombak Setia. Proses pembestarian ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan dijangkakan siap sepenuhnya pada 2010. Ini selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu semua sekolah menjelang tahun 2010 melaksanakan peluasan pembestarian. Dimana para pelajar mudah mengakses maklumat dan impaknya mampu meningkatkan tahap pemikiran minda kelas pertama. Para guru harus bersedia meningkatkan kemahiran ICT ke arah melaksanakan proses pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini sudah tentu dapat menarik minat pelajar terhadap isi kandungan pelajaran yang diajar dan mampu menambah masa pembelajaran secara maya.

Penilaian Makmal Komputer Terbilang

Pada 25 dan 27 Julai 2007 seramai 31 orang penilai makmal komputer telah melawat makmal komputer di sekolah-sekolah daerah Gombak. Objektif utama pemantauan/penilaian ialah memastikan kemudahan makmal komputer digunakan secara optimum. Hasil penilaian ini ialah makmal komputer akan digredkan dari A hingga ke E mengikut tahap kecekapan dalam aspek pengurusan dan keberkesanan penggunaannya. Makmal komputer yang mendapat gred D dan E akan diberi masa 14 hari untuk membuat penambahbaikan. Kepada Juru Penilai makmal Komputer saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda untuk memberi perkhidmatan menaiktarafkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan makmal komputer di daerah Gombak.

Friday, July 20, 2007

Pemantauan Program Asset Based Bagi Subjek Prinsip Perakaunan di SMK Gombak Setia











Kursus ICTL Tahun 3







Kursus ICTL Tahun 3 telah berlangsung di Dewan Besar SMK Taman Melawati pada 19 Julai 2007. Seramai 70 orang guru Bahasa Inggeris telah hadir ke kursus ini dan dikendalikan oleh 4 orang Jurulatih Utama. Harapan saya (Ketua Unit Teknik Dan Vokasional) ialah guru-guru dapat menyebarkan maklumat yang diterima dengan rakan-rakan di sekolah menerusi program perkembangan staf. Pada bulan ogos merupakan tarikh berkuat kuasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ICTL tahun 3. Selamat menjalankan tugas untuk memajukan minda kelas pertama anak bangsa tercinta.

Saturday, July 07, 2007

Kursus Aplikasi ICT Untuk Penyelaras Makmal











Bermula 3 Julai 2007 hingga 6 Julai 2007 seramai 502 Guru Penyelaras Makmal Negeri Selangor telah berkampung di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor kerana menghadiri Kursus Aplikasi ICT yang dianjurkan oleh Unit ICT, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor bersama Ketua Unit Teknologi dan Vokasional dari 9 Pejabat Pelajaran Daerah. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Ismail Sulaiman. Dalam ucaptama pada 3 Julai 2007 jam 8.30 malam, beliau memberi motivasi kepada Guru Penyelaras Makmal agar berusaha bersungguh-sungguh menjadikan makmal komputer sekolah masing-masing sebagai makmal komputer terbilang. Iaitu makmal komputer yang berperanan secara optimum dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian oleh guru-guru kepada pelajar di abad ke 21 ini. Selain itu, beliau menarik perhatian guru penyelaras makmal ke arah meningkatkan usaha pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Daerah Gombak telaha menghantar seramai 42 orang guru penyelaras makmal komputer dan diharapkan mereka mendapat sepenuhnya segala isi kandungan kursus dan dapat dibawa balik ke sekolah masing-masing. Ilmu yang diperoleh disini diharapkan dapat diamalkan untuk meningkatkan kecemerlangan pengurusan makmal komputer sekolah.

Friday, April 20, 2007

Formula 6 M
Ke arah Membangunkan Insan Cemerlang
  1. Musyaratah - menetapkan apakah syarat-syarat di sebalik mencapai kejayaan dan memantapkan pembangunan dalam masyarakat prograsif yang penuh dengan insan-insan cemerlang.
  2. Muraqabah - menjiwai kehadiran Allah S.W.T dalam segala urusan. Jangat lupa Allah S.W.T maha melihat usaha-usaha yang dibuat mestilah bersandarkan pada keinsafan bahawa kejayaan berkekalan tidak mungkin tercapai jika mengabaikan kehadiran Allah S.W.T
  3. Muhasabah - menilai diri dan kelemahan yang ada, dengan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan diri, iltizam dibuat untuk sentiasa memperbaiki diri.
  4. Mu'aqabah - mendidik jiwa untuk ikhlas dan suci supaya setiap tindakan dipertanggungjawabkan. Tidak ada jalan pintas untuk menikmati kemanisan yang berkekalan tanpa restu illahi. Jiwa sentiasa ikhlas dan teguh mencapai matlamat yang ditetapkan.
  5. Mujahadah - Usaha yang bersungguh-sungguh dengan tabah dan penuh kesabaran. setiap kerja memerlukan kesungguhan yang mendalam dan perancangan yang rapi.
  6. Mu'atabah - Tegas dan jelas dalam mencela segala aspek yang negatif dan sebarang kelemahan dalam diri. Bermula dengan menghakis keburukan dalam diri sendiri dan mengatasi kelemahan dalam diri orang lain.

Kursus ICTL

Kepada guru-guru sekolah rendah yang terlibat dalam pengajaran ICTL dan belum menghadiri kursus boleh memberi nama anda dan nama sekolah kepada email saya, sajoli2006@yahoo.com.my.

Thursday, April 19, 2007

How is the World Wide Web impacting education?
Apakah itu 'E- Learning'
JAYA KUMAR C. KORAN
Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari
Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Definisi 'e-learning' ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. la juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan promosi pendidikan. Bagaimanapun secara umumnya, 'e-learning' adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari mediaelektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini.

Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun 'asynchronously' (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk 'discussion group' dan bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (‘on-line’ ) (Learnframe, 2001).

Bagaimanapun fokus kertas ini hanya kepada bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang boleh disampaikan melalui Internet, Intranet atau CD-ROM yang mempunyai ciri-ciri multimedia (teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video) dan mempunyai kemudahan untuk 'discussion group' serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian ('on-line').

Apakah perbezaan antara pembelajaran tradisional dan 'e-learning’?

Di dalam sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung kepada usaha guru dan juga pelajar. Bagaimana pun untuk tujuan perbandingan diberikan perbezaan antara pembelajaran 'tradisional' dan 'e-learning'.

Di dalam kelas 'tradisional', guru dianggap sebagai pendita di atas pentas. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada kebiasaannya adalah berpusatkan guru.

Di dalam pembelajaran 'e-learning' fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran 'e-learning' akan 'memaksa' pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri.

Kenapakah 'e-learning' perlu digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia?

'E-learning' membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. 'E-learning' yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator.

Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan Internet sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada bahan ‘e-learning' yang ada di pasaran tempatan.

Ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam chat groups' atau 'bulletin boards'. (Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001; Tan, 2001). Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada 'e-learning' serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalam Internet, maka sudah tiba masanya ianya digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda 'e-learning' kebangsaan banyak bergantung kepada pelaksanaan ICT di selolah. Jika pelajar dapat dibimbing umuk menggunakan 'e-learning' dengan cara yang berfaedah maka ianya akan membantu mengurangkan penggunaan negatif yang lain.

Senarai Kursus Pendek Anjuran Maktab Perguruan

  1. Internet Dalam Pendidikan/ Tarikh 8 dan 9 Mei 2007/ Tempat Ins.Perguruan Teknik, Petaling/ Bil.Peserta 2 orang.
  2. M.S.Power Point Pertengahan/ Tarikh 18 Mei dan 19 Mei 2007/ Tempat Ins.Perguruan Teknik/ Bil.Peserta 2 orang.
  3. M.S.Excel Pertengahan/ Tarikh 10 Mei dan 11 Mei 2007 / Tempat Ins.Perguruan Teknik/ Bil. Peserta 2 orang.
  4. Membina bahan pembelajaran berasaskan web dengan hot potatoes/ Tarikh 8 dan 10 Mei 2007/ Tempat Ins.Perguruan Ilmu Khas/ Bil. Peserta 3 orang.

Kepada guru-guru daerah Gombak yang berminat menyertai kursus-kursus di atas boleh memohon dengan menghantar maklumat nama, nama sekolah, dan no.tel kepada email sajoli2006@yahoo.com.my

ICT Benchmarking in Education

As ICT becomes increasingly widespread, schools as well as education systems as a whole need to:
develop performance indicators to monitor the use and outcomes of the technologies

These indicators are needed specifically to monitor the types of ICT resources available, the extent and nature of professional development efforts, and changes in teaching/learning practices.
The indicators show how ICT should be used not only as a basic operational tool (such as the number of computers and online connectivity) but also as a communications tool which promotes the development of:
  1. creativity
  2. interactivity
  3. collaborative learning
  4. critikal thinking
  5. problem-solving

It is hoped that eventually educational policy makers and administrators will mainstream the use of these indicators into their national educational policies and management information systems as the stimulus for change, rather than only as snapshot of current conditions.

Performence indicators in education have traditionally focused on academic result, such as the League Tables in teh UK. There are very few comparable standards and measurements for ICT penetration and utilization in education on a national basis.

Smart School Qualification Standards (SSQS), MDEC 2007.

Saturday, March 31, 2007

Mesyuarat ICTL dan ICT PPK bersama PPD seluruh Malaysia

Pada 27 hingga 29 Mac 2007 Unit ICT, Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengadakan mesyuarat bersama Unit Teknik dan Vokasional, Pejabat Pelajaran Daerah Seluruh Malaysia. Mesyuarat ini bertempat di Hotel Sandakan, Sabah dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PPK. Objektif utama mesyuarat ini ialah memperkemaskan maklumat tentang pelaksanaan mata pelajaran ICT di sekolah menengah dan Litarasi ICTL di sekolah rendah. Kedua membincangkan pemasalah atau kekangan dalam melaksanakan dasar dan cara mengatasi masalah tersebut. Para ahli mesyuarat telah dibawa melawat sekolah kebangsaan Muhibah, Sekolah Menengah Perempuan Sandakan dan Sekolah Menengah Bestari Elapora.
Selain itu, para ahli mesyuarat telah dibawa beriadah di Pusat Penjagan Orang Hutan Sepiluk. Banyak pelajaran yang kami perolehi di sini antaranya melihat tahap kesabaran jurulatih di sini melatih orang hutan sehingga binatang tersebut dapat mematuhi peraturan seperti masa makan. Malah hasil pengamatan mendapati orang hutan mempunyai rasa kasih sayang sesama mereka.

Friday, January 26, 2007

Peluasan Matapelajaran ICT 2007


Tahniah kepada SMK Lembah Keramat dan SMK Rawang kerana telah menawarkan matapelajaran ICT pada tahun 2007. Penawaran matapelajaran ini akan melengkapkan ciri-ciri pembestarian sekolah. Pihak Unit Teknologi dan Vokasional ,Pejabat Pelajaran Daerah Gombak akan sentiasa memberi bantuan kepada pihak sekolah dan guru terutamanya pada peringkat awal pelaksanaan matapelajaran ini. Sehingga kini, sejumlah 7 buah sekolah di daerah Gombak telah menawarkan matapelajaran ICT. Semoga pada tahun 2008, lebih banyak lagi sekolah di daerah Gombak akan menawarkan matapelajaran ICT.InsyaAllah.

Kursus BPPT Ambilan 1/2007


Selamat berkursus kepada 25 orang guru dari sekolah menengah daerah Gombak. Kursus selama 10 hari (5/1 - 26/1) diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran guru-guru dalam bidang ICT. Kerana pengetahuan ICT di kalangan guru-guru sangat penting dalam membantu sekolah ke arah pembestarian menjelang tahuan 2010. Memang tidak dinafikan dalam usaha melaksanakan perubahan kaedah pengajaran yang berteraskan ICT pelbagai masalah dan rintangan akan dihadapi. Namun kita sebagai warga pendidik harus menggunakan kepintaran minda untuk menyelesaikan setiap masalah dan rintangan tersebut, demi melihat anak murid kita merasa seronok belajar dan seterusnya menunjukkan peningkatan prestasi akademik yang cemerlang.