


Blog ini dibangunkan dengan tujuan sebagai wadah perkongsian idea, maklumat dan isu yang berkaitan dengan tugas seorang pendidik. Adalah diharapkan berlaku pertukaran ilmu, pendapat, pandangan dan komentar yang membina sesama kita. Kerana setiap manusia dilahirkan berbeza-beza keupayaan dan kemahirannya, agar mereka saling berinteraksi dan bekerjasama.
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam lestari.
Ucaptama saya pada hari ini adalah berkaitan dengan visi sekolah ke arah melahirkan generasi bestari menjelang tahun 2010. Generasi bestari di kalangan pelajar bermaksud kumpulan pelajar yang menggunakan ICT dalam mencari maklumat pembelajaran. Penggunaan ICT secara optimum sudah tentu akan mewujudkan kesan ledakan maklumat di kalangan pelajar. Oleh itu pelajar akan lebih berkemahiran membanding beza dan menilai maklumat-maklumat yang berfaedah untuk meningkatkan tahap pemikiran aras tinggi.
Berdasarkan pengalaman saya (mantan Ketua Unit Teknik & Vokasional, PPD Gombak) SMK Hulu Kelang mempunyai frasa rana ICT yang agak baik. Di mana bilik pentadbir, pejabat, bilik guru dan perpustakaan telah dilengkapkan dengan wire less internet.Oleh itu, saya sangat berharap guru-guru dapat down load bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan kemudiannya diedarkan kepada pelajar, khususnya bahan P & P daripada laman web MyschoolNet.
Berikut ialah beberapa contoh usaha ke arah pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
CD Sains dan Islam. CD ini dihasilkan oleh sekumpulan pelajar yang mengambil subjek pendidikan Islam dan subjek Sains. Penerokaan ilmu pengetahuan oleh pelajar dalam kumpulan ini telah dapat menjawab apa yang terkandung dalam Al-Quran selari dengan ilmu pengetahuan sains tentang kejadian manusia dan alam semesta.
CD Prinsip Perakaunan yang dihasilkan oleh saya sendiri. CD ini lengkap mengandungi 7 bab sukatan pelajaran tingkatan 4 subjek Prinsip Perakaunan. Setiap bab dibentangkan dengan menggunakan power point dengan gabungan suara dan teknik pautan antara satu fail dengan fail yang lain.
CD peraturan permainan golf. CD ini mengandungi peraturan-peraturan permainan golf yang dimuat turun daripada internet. Maklumat yang diperoleh dapat membantu kumpulan pelajar yang berminat dengan sukan ini memahami peraturan-peraturan permainan golf. Syukur Alllhamdulilah seramai 3 orang daripada 8 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili daerah Gombak ke MSSS di Kelab Golf Saujana Impian pada 25 Feb 2009.
Justeru itu, saya ingin memberi peluang kepada para pelajar untuk menyertai pertandingan menghasilkan dan membentang bahan pembelajaran berkaitan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam subjek-subjek yang diambil dengan menggunakan pendekatan ICT. Saya ingin menawarkan hadiah tempat pertama RM50, tempat kedua RM30 dan tempat ketiga RM20. Tarikh tutup pertandingan ialah pada bulan Jun 2009.
Akhir kata, saya sekali lagi mengharapkan warga SMK Hulu Kelang berusaha dengan gigih ke arah melahirkan generasi bestari pada tahun 2010.